Khamis, 24 Jun 2010

Nenek sakit

Nenek aku sakit. Itu jelah satu2nya moyang anak2 aku yg tinggal. Dah 80 lebih umur dia. Mungkin mencecah 90 kot. Dulu dia sakit jugak tapi skrg langsung tak leh bergerak. Kaki dia mengerekot mcm baby. Tak boleh nak diluruhkan sbb mmg sakit. Dia hanya telentang. Tak leh mengiring pun. Yg bergerak hanya mulut dan tangan. Mata dia kengkadang je bukak. Cakap pun kurang..dia dah tak ingat sape2.

Masalahnya...mak aku buat hal. Apa kene mengena dgn nenek kan? Mmg ada kene mengena.

Dia tak jumpa nenek tu pun lebih baik. Bukan kitorg ni kejam tapi tengoklah apa yg jadi lepas dia jumpe mak dia tu.

Dulu masa org tua tu memerlukan jagaan..seboleh2 dia nak mengelak tapi skrg bila dia dah tak mampu nak jaga..sibuk plak nak pegi tgk org tua tu. Nak pegi tiap2 hari...kalau dia tu senang nak bawa takpelah jugak.

Tu lepas jumpe walaupun baba tak cakap apa yg menyakitkan hati dia. Dia tetap buat hal. Balik je dari jumpe nenek..hangin dia mcm ribut. Buat apa pun jadi salah. Bagi ubat, suruh mandi, makan..semua tak nak. Mulut dia maki hamun, menyumpah tak tentu pasal, sebut yg tak elok didengar.

Masalahnya kitorg tak tau kenapa dia tetibe jadi camtu..lepas je jumpe nenek mesti jadi macam tu. Bila tak jumpe dia ok..normal. Bukan skrg je...mmg dari dulu sejak dia sakit. Tapi dari dulu masa dia sihat mmg baba selalu marah dia lepas jumpe nenek sbb tiap kali lepas balik jumpe keluarga dia..dia jadi makin kurang ajar. Jadi berlanjutanlah terutama lepas dia sakit. Walaupun baba tak tegur pun dia mcm dgr bisikan yg suruh gado jugak. Itu sakit mental kot.

Semalam lagi teruk. Dah ler dia simbah air dari tandas ke luar. Habis lantai dapur basah sampai ke peti ais, bawah almari. Dgn kain yg basah, Sita suruh mandi dia tak nak. Dia tido dgn kain yg basah tu. Lepas tu dia keluar dari rumah pasal pintu tak berkunci. Dah lepas kat bawah dia menjerit terlolong2 kat luar panggil semua org yg lalu lalang kata baba dan sita dera dia. Padahal diorg tak buat apa pun. Dia kalau dah marah tu..dekat dgn dia pun tak kasi.

Masa tu hujan. Kebetulan abang aku ada. Tapi dia pun tak mampu buat apa sbb mak aku mmg tgh menggila. Yg paling tak best dia bitau kat org luar yg lalu lalang kat situ...baba sepak dia, sita marah dia, abang aku tu pijak dia...ade ke patut padahal dia tak bagi sape2 pun sentuh dia. Abang aku datang dekat dia kene tolak.

Camne nak terangkan hal sebenar kat org luar. Dah tentu2lah diorg percaya kata2 mak tu. Aku tak taulah apa motif dan sebab dia leh buat cerita sampai mcm tu kat keluarga dia sendiri.

Masa aku datang ada masa dia menangis sendiri. Kata badan dia gatallah pastuh seolah2 nak perhatian kita. Nak kita sayang dia je. Dia hasut semua anak2 supaya benci dan halau baba. Bila kitorg tak buat tu yg dia naik hangin satu badan tu. Habis semua org dia haruknya.

Hal yg jiran marah Sita tu..aku masih belum berkesempatan jumpe dia. Asyik takde kat rumah je bila aku datang. Takut kot..

Ntahlah...camne ek nak selesaikan masalah ni. Sita pun dah tekad akan berhenti sebelum raya ni. Nak pujuk pun dah tak boleh sbb dia pun bosan dah dgn apa yg berlaku. Penat. Bukan penat nak jaga makan minum, kemas rumah tapi dgn sikap yg tak sudah2 tu. Asyik bergado je. Mmg itupun punca aku pindah...tak nak byk dosa dgn ibu bapa.

Bergado kalau tau punca sbb tu takpelah jugak. Ini kengkadang tak tau kenapa..tetibe je. Adakala pasal hal kecil sgt...baba tak bangun masa dia panggil nak pegi buang air padahal dia boleh bangun sendiri. Macam cari sbb nak marah. Sita ada nak bantu dia tak nak..nak baba jugak. Kan jahat tu. Abih tu baba aku bukanlah sihat sgtpun..kejap2 mabuk..letih. Jadi bila dah baring dia malaslah nak bangun. Lagipun baba aku pun ada perasaan jugak. Tapi tak dinafikan mulut dia pun mcm longkang.

Aku tak taulah apa yg perlu aku buat skrg. Baba marah aku pasal aku bawa mak jumpe nenek sebelum tu. Itu kali kedua dia jumpe nenek. Sebelum tu kakak ipar aku yg bawa. Masalahnya kalau tak bawa dia asyik merayu..konon nak tenangkan hati dia tapi tak sangka lebih teruk tindakan dia. Serba salah aku dibuatnya. Skrg ni sejak dia tau nenek mmg ada kat kg..mmg tiap2 hari dia nak lari dari rumah...nak pegi kat mak dia tu. Bukan dekat nak pegi. Kene jugak dgn kereta. Dia nak jalan kaki..kalau larat tu takpelah. Dulu masa larat tak nak pegi pun rumah nenek tu.

Susah nak terangkan hal sebenar masalah keluarga aku ni kat org luar yg tinggal berdekatan. Terlalu panjang lebar nak diceritakan. Mak tak nampak seperti org ada masalah mental tapi hakikatnya itulah...yg tak tahan tu dia reka cerita yg tak betul semata2 nak meraih simpati pada org luar yg tak tau apa cerita sebenar.

Aku ni bukanlah seorg yg penyabar sbb mmg takde keturunan aku pun yg penyabar. Mmg aku membesarpun dlm keadaan dan situasi yg tak boleh dijadikan teladan. Isteri yg kurang hormat suami. Suami yg ego melangit. Amarah yg tak terbendung. Jadi utk aku jadi sorg yg boleh bersabar terima semua situasi ni...tidak. Kalau anak aku yg bertindak mcm tu pun..dah lama tangan aku singgah pipi dia.

Tak mcm keluarga mertua yg aku tgk fuhhh...sgtlah penyabar ayah mertua aku tu. Agaknya kalau semualah lelaki mcm tu..tentulah takde wujud isteri yg terbiar ni. Sepanjang aku jadi menantu..tak penah aku tgk dia marah2 atau tunjukkan emosi. Dia tenang walaupun dlm keadaan gelabah. Mak mertua ada penyakit panik tapi dia pun takdelah marah yg extrem yg aku saksikan bertahun2 dgn keluarga aku.

Bukan nak puji tapi aku boleh buat penilaian. Disebabkan sikap mertua yg camtulah yg buat anak2 bersatu. Tak bersepah mcm keluarga aku ni. Masing2 ada perasaan kecil hati dgn kata2 yg baba aku cakap. Kene halau rasanya semua adik beradik aku penah rasa. Dituduh curi brg dia...tak mengaku anak pun ada.

Tak taulah...sikap ni mcm penyakit jugak. Ada masa dia akan mengalir jugak dlm darah yg berada dlm badan kitorg ni. Mmg takkan berakhir...takkan berakhir...takkan berakhir...

0 bunga tulip:

Hatiku

Related Posts with Thumbnails
 
Design by Amanda @ BloggerBuster