Khamis, 8 April 2010

Aku rindu mak..











Aku rindu mak aku yg dulu..

Beruntung korang yg masih ada mak dan tak sakit macam mak aku. Sakit tu satu hal tapi tak waras macam dulu.

Aku rindu masakan dia..lawak dia..kasih sayang dia..

Aku rindu nak makan dari tangan dia..rindu tangan dia mengusap dan menyentuh pipi aku yg penuh dgn air mata jika aku menangis..aku terlalu rindu saat macam tu...

Dulu ke mana aku pegi dia mesti ikut..shooping..bercuti..

Hanya aku je yg rajin bawa dia pergi bersama...untuk happykan dia..

Sekarang ni...hmmm....

Tak taulah kat mana silapnya..mak jadi macam tu. Jgn cakap aku tak sayang mak aku. Aku sayang dia dan aku sangat rindukan dia..rindukan dia yg dulu..yg boleh aku bermanja..tempat mengadu cerita..

Ya Allah...aku redha kalau inilah cara Kau untuk membersihkan dia dari dosa tapi kenapa buat kitorg adik beradik plak yg tanggung dosa akibat sikap dari penyakit dia tu..

3 bunga tulip:

Tirana berkata...

Mudah-mudahan Allah mengampunkan kesalahan ibu Nrina (jika ada) dan mudah-mudahan Allah bagi kekuatan pada Nrina adik beradik untuk bersabar dan tabah menjaga mak.

julietchun berkata...

berdoa dan bersabarlah, moga Allah permudahkan segalanya.

Tanpa Nama berkata...

Sedih gak. Kak tie pun rindu kat mak dan ayah.. at least nrina boleh jenguk dia bila-bila masa, walaupun dia tak serupa dulu. Kak tie ni setahun sekali je.. tahun ni pulak kena tunggu raya, itupun kalau abang dapat cuti, hu hu....

Hatiku

Related Posts with Thumbnails
 
Design by Amanda @ BloggerBuster