Keceriaan yg hanya dapat sekali sekala..
Tak sanggup nak berpisah lama2..harapnya cepatlah ayah tu habis bertugas kat sana ye..
g makan kat kedai..ayah belanja hehe..anak ayah tu..
yg ni buat hal sendiri..
ade je keje dia walau dimana dia berada..
tak nak berenggang dgn ayah..
belasah jelah otak2 tu dulu sebelum makanan sampai..
ni makanan aku..kuey tiaw kungfu..hmm..pestaim rasa tapi biasa je..
ni si Zikry melaram dgn cermin mata aku..muat plak tu..
Itu jelah cerita bersama ayah..ayah pun dah pulang huhu..sedih berjauhan lagi dan lagi dan lagi...
Kisah org gaji yg tak habis2 lagi ni..
Rupenya aku baru dapat tau..Inur sebenarnya hanya sehari je berada di Batam..selama 3 minggu hanya sehari bermakna dia dah lari lama dah..tapi ejen buat diam je pasal tak nak aku panik kot..tapi skrg ni bukan panik je dah tahap nak mengamuk dah ni..
Aku ada cube hubungi keluarga dia. Mungkin dia tak sedar aku ada nombor telefon keluarga dia. Nombor telefon suami dia dah tak boleh digunakan lagi..tentulah dia perlu tukar nombor telefon utk lari dari ejen..
Aku dapatlah bercakap dgn mak si Inur tu..beritahulah kat dia aku haramkan apa yg dah diambil dari keluarga aku. Dia akan terima akibatnye nanti. Aku suruh dia sampaikan pesan aku tu. Mak dia kata dia tak tahu menahu sbb Inur tak pulang jumpe dia lagi. Ntah tipu ntah betul tak tau ler aku..
Zila sms kat aku kata..ejen marah kat dia dan lempang dia sbb kata dia curi duit baba aku. Dia bersumpah dia tak amik. Yelah..kalau dia kata tak amik tu betullah tak amik tapi dah mmg takde org lain lagi nak dituduh. Mungkin ayah aku yg salah letak sampai hilang sbb aku nak percayakan baba aku ni pun susah sikit sbb kes hilang duit ni bukan je skrg tapi bertahun2 dulu pun camtu gak sampai tuduh anak cucu yg amik sedangkan dia yg salah letak..
Aku cakap aku serah je pada Allah. Kalau betul dia amik..dia akan terima balasan jika tidak aku minta maaf sbb tuduh.
Camne pun keadaannye..mak dan baba kene jugak bergilir jaga. Terpulanglah adik beradik aku yg berdekatan ni utk jaga. Lagipun takde alasan takde masa sbb kat rumah diorg semua ada anak2 yg sekolah kene kuarantin. Jadi takde masalah takde sape yg jaga kat rumah.
Aku?! rehatlah hehe..takat tolong bawa baba cuci kaki tu bolehlah.
Tapi skrg ni bukan aku je yg mengandung..kakak ipar aku pun ngandung jugak hmm..mungkin itu je alasan yg bagus utk elak jaga mak dan baba kot hehe..
Sabtu, 8 Ogos 2009
Layan je
hasil semaian ♥nrina♥ di 8:18:00 PG
Label: Cerita Aku
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
2 bunga tulip:
cam2 dengan org gaji ni
ish2
xtau la
xde kan susah plak
eemmmm payah gak kan.. semoga dipermudahkan segala urusan
Catat Ulasan