Nak menyelit cerita terbaru disamping cerita hal Birthday Zarfan masih berjalan..
Nak cerita hal semalam..
Hal anak2 je...
Disebabkan mood aku baik semalam..kebetulan ada sorang budak yg aku rasa mmg selalu setiap petang datang bertandang kat luar rumah aku..layan Zikry dan Zarfan. Jiran hujung rumah..jauh ler jugak dia tinggal.
Jadi Zikry minta izin nak main kat luar. So aku benarkan. Aku nak halang Zarfan tapi dia nak jugak ikut abang dia so takpelah aku benarkan jugak.
Aku tengah memasak jadi utk perhatikan diorg kat luar tu cam payah ler.
Tetibe aku dengar senyap je. Rupenya budak2 ni dah jauh main kat rumah budak tu. Kat hujung..rumah corner lot tu..kira 100meter dari rumah aku. Patutlah tak dengar suara dah.
Mulanya aku tak risau sbb budak yg dia berkawan tu dah besar..dah sekolah. Tapi lama kelamaan hati aku jadi risau plak. Dgn kete..motor..diorg plak main tepi jalan tu..kat selekoh..hishhh..kepala hotak aku dah pk yg bukan2.
Aku cuba panggil diorg suruh balik tapi langsung tak pedulikan aku.
Akhirnya aku dengar Zarfan menangis. Ntah ape yg berlaku tak tahulah tapi aku rasa pasal mainan. Satu hal lagi diorg ni keluar rumah kalau diikutkan mmg semua mainan nak dibawanya..bukan yg murah lak tu..semua yg mahal2..
Aku sarung tudung dah berlari ke arah diorg..haa...mmg kene..aku dah naik hangin satu badan. Kat rumah pun aku tak boleh handle diorg main apatah lagi jauh dari mata aku..
So aku cakap..inilah yg pertama dan terakhir aku benarkan diorg main kat luar. Lepas ni merayulah menangis sepuas2 nak minta main luar takkan lagi aku benarkan... Biar korang menangis keluar air mata darah sekalipun takkan aku benarkan lagi main kat luar. Jangan aku yg menangis tengok korang kene langgar kereta ke..cacat ke ape ke atas perbuatan org lain. Biar apepun yg terjadi kat dlm rumah bukan kat luar rumah.
Mmg mood aku semalam mengila sungguh. Aku tak sangka diorg akan main jauh sampai sana. Aku sangka diorg akan main sekitar rumah aku je..takat main basikal kat dlm rumah aku pun luas nak main. tak payah nak langgar taik kucing dan bahayakan diri dgn motor dan kereta yg lalu lalang.
Akhirnya setiap sorang kene habuan..si abang kene denda mop lantai luar rumah dan si adik kene kemas semua mainan masuk dlm bakul.
Aku hehe..goyang kaki tengok tv. Untuk meredakan kemarahan yg tadinye seperti volcano.
Aku sebenarnya tak nak orang cakap...anak sape ni dibiarkan main kat luar..tak takut ke kene langgar kete ke ape ke..
Sbb aku penah tengok org camtu. Mak dia buat tak peduli anak yg sekecil 1 tahun yg baru tahu berjalan main kat jalan diwaktu kereta aku lalu. Nasib baik tak langgar. Yg nampakpun kakak budak tu dan mak dia? Ntah hape yg dibuat kat dlm..ape ler salahnye kunci gate supaya budak tak bersepah main kat jalan..
Aku plak bukanlah jenis melangok depan rumah borak dgn jiran. Jadi utk perhatikan setiap masa anak aku main kat luar tu hmmm jgn haraplah. Byk lagi keje kat rumah nak dibuat ataupun nak berehat tengok tv.
Ntahlah ek..mungkin suasana kat taman ni buat aku tak percayakan anak2 utk main kat luar dan berkawan. Mungkin kalau hanya Zikry sorang aku boleh benarkan tapi Zarfan mesti nak ikut. Jadi aku jadi risau dan mmg tak leh bertenang bila pk diorg tu main kat luar..ade je perkara buruk yg terlintas kat fikiran aku..
Pastu waktu malam plak aku suruh Zikry belajar. Matematik je sbb dia masih lemah dlm bab mengira dan ingat nombor ni. Dia tak nak sbb bila cakap nak belajar je mesti dia tak nak, byk alasan dan nangis..lum pun lagi aku marah. Jadi aku pujuklah dia dan akhirnya dia nak jugaklah ikut mengira. Tapi lepas 5 minit dia dah blur. Bila aku tanya dan tanya suruh dia mengira..dia cakap apa tau...
aduhh..nak pengsan dah aku ni..
Aku tergelak besar dia cakap camtu. Mcm org tua je bila bercakap tapi bab belajar punyelah malas..
Tak sampai 10 minit dah genti. Tapi kalau tengok kartun kat tv tu dari balik sekolah sampai malam pun takpe...hmm..
Khamis, 16 Julai 2009
Selingan cerita hehe..
hasil semaian ♥nrina♥ di 8:21:00 PTG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
4 bunga tulip:
hepi belated besday zarfan... semoga jadi anak yg soleh dan berjaya dunia akhirat.. aminn...
macam2 kerenah anak.. boleh senyum sendiri klu teringat
hik..hik..hik.. betul la kan.. kita ni duk risau kan anak.. tapi kekadang tu.. anak blh buat derk je.. eemmm bahaya kan klu kawasan taman yg keta lalu lalang ni..
ciklinn:
tq..
mrs. azmi:
itulah..hari2 ade cerita pasal diorg hehe..
cutemiut:
nak kata bahaya sgt tu tidaklah tapi fikiran mama dia ni yg membahayakan diri sendiri hehe..
baiklah kita mencegah dari mengubat..tak nak lah nanti dah terhantuk baru nak terngadah..
Catat Ulasan