Hari ni..
Pembantu Rumah Inur masih lagi belum pulang..termasuk hari ni dah 2 minggu 2 hari. Padahal dulu ejen tu janji seminggu paling lewat. Pembantu Rumah Zila pula sibuk kata nak pulang jumpe pakwe dia di Kuantan..
Serba salah lagi aku dibuatnye. Mana nak pk kehilangan barang dan duit mak dan baba. Mana nak pk kenapa Inur tak pulang2. Ape ler ejen kat sana buat sampai lewat camni..
Aku dah tak leh tido malam dah. Bukan tak nak tido..badan aku amatlah letih tapi bila nak tido mata aku tetap terbuka. Kengkadang aku ingat dah tido tapi rupenya mata aku masih lagi memandang dinding..tak nak langsung pejam mata..
Badan aku pun makin tak selesa..duduk lelama sakit pinggang..baring rasa sesak nafas..sakit2 dah badan aku. Apa yg buat semua jadi tak kene..semua buat aku tak selesa..
Sampai pagi dah Subuh barulah nak tido..dah tentulah aku perlukan rehat masa tu dan tido balik sampaikan Zikry pergi sekolahpun asyik lewat je.
Dah ler Zikry pergi sekolah sendiri naik basikal. Nak harap aku hantarkan skrg ni huhu..mmg tak dapatlah pasal aku makin penat nak berjalan. Ntahlah tetibe sakit plak pinggang ni...
Hari ni jugak..Zikry demam. Tadi masa nak balik dari tadika..cikgu telefon bitau Zikry nangis kata perut dia sakit. Aku dah risaulah tapi kat fikiran aku hanya fikir yg Zikry ni mesti nak buang air besar..atau perut dia ada angin.
Lepas amik dia dgn sumbat basikal dia dlm kete..balik jap rumah letak basikal dan terus gerak ke rumah baba plak bawa dia cuci kaki.
Zikry tido je dlm kete...lepas sapukan minyak. Legalah sikit sakitnya dan tak nangis..barulah angin dlm perut dia keluar dlm bentuk 'kentut' hehe..
Malam ni plak dia demam. Badan dia panas. Mungkin tak ke sekolah esok. Dia tak larat pun nak bangun dari tempat tido dia..kesian tengok. Tapi dia tetap layan main dgn adik dia si Zarfan tu. Walaupun setakat berbaring. Zarfan pun manja dgn dia skrg. Yelah..dgn sape ler lagi nak berkawan..
Rabu, 22 Julai 2009
Berita terkini
hasil semaian ♥nrina♥ di 12:45:00 PG
Label: Cerita Aku, Zikry
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
2 bunga tulip:
Kak tie takut pembantu rumah tu takkan datang semula laa... Nrina kena tipu tak?? Err...sorrylah...mesti Nrina lagi resah! Tapi, kak tie memang susah nak percayakan orang... sebab selalu kena tipu...hu hu..
kak tie:
ha'ah..sekali sekala mmg rasa ditipu tapi ejen tu tak leh lari pasal dia adik angkat pada jiran sebelah rumah ni..
mmg kene sembelihlah dia kalau tipu saya hehe..
walaupun saya ni byk jugak kali kene tipu tapi perasaan percaya kat org tu tetap ada hmm...susah ek camni..baik sgt pun susah jahat sgt pun susah hehe..
Catat Ulasan