Semalam byk betul perkara yg berlaku..
Konon mcm kejutanlah..
Memula mcm biasa aku duduk rumah memasak, kemas ape yg patut..ada lak org dtg kat rumah jiran sebelah..tapi diorg takde..tak penah lak makcik ani tu takde kat rumah. Rupenye diorg g hospital..ayah dia sakit.
Ok..pastuh cikgu hantar Zikry balik ke rumah. Pasal hujan jadi dia tak naik basikal. Berita mengejutkan cikgu tu akan berhenti so hari semalamlah kira hari terakhir dia. Uihh..aku mmg terkejutlah pasal aku suke dia jadi Cikgu Zikry..lagipun dia ramah dan mudah utk aku bertanya perkembangan Zikry. Tapi katanya ada masalah dgn pihak majikan iaitu owner tadika tu sendiri yg tak penuhi kehendak dia utk tadika. Dia sedaya upaya membangunkan tadika tapi owner buat tak nampak. Of coz aku sendiri nampak kesungguhan cikgu tu berkorban duit, masa dia sendiri utk pelajar kat situ. Apa boleh buat..owner dia buat dek je..hmm..sayang sungguh pasal dia sorg guru yg bagus..
Seterusnya..aku bawa baba cuci kaki. Sambil tu ejen pembantu rumah tu call aku. Sbb lagi malam tadi aku call tak dapat jadi dia calllah aku balik. Nak tau ape cerita terbaru huhuhu...
Camni..aku baru dapat penemuan si Inur tu telah gunakan talian tetap kat rumah mak aku sebanyak RM63 hanya sehari..tapi itu je sekali dia gune..bykkkan.. Waktu dia telefon adalah sehari selepas aku bawa mak dan baba pindah ke rumah mereka. Hari Sabtu jadi dia pakai telefon tu hari Ahad..penggunaan yg amat lama sampai lebih dari setengah jam. Dah tentu2lah masa tu baba takde kat rumah pasal g cuci kaki. Dlm kul 11 pagi camtu..
Yg buat aku terfikir..pindah hari Sabtu..dia call hari Ahad maknanya dia dah jumpe barang kemas mak tu..jadi seboleh2 dia nak hubungi suami dia utk tanyakan ape tindakan seterusnya..mungkinlah..
Lebih memeranjatkan nombor telefon yg tertera sama dgn no telefon yg aku telefon dia di batam. Maknanye..itu adalah nombor telefon suami dia. Ok..dgn jelas aku terangkan. Suami dia ada bersama dia di Batam. Jauh gak tu dari Medan nak ke Batam..sanggup datang tu.
Tujuan ape tu? Itulah yg lebih menguatkan andaian aku bahawa dia yg mencuri segala brang kemas kepunyaan mak aku.
Ejen yg telefon aku tu pun bitau dia amat curiga dgn Inur jugak pasal skrg ni Inur tak pulang ke tempat yg dia tinggal di Batam. Lagipun Inur tu dah tau tentang penyelongkaran rahsia yg telah ejen tu buat di Batam kat beg dia. Tapi dah terlambat sbb tak temui ape2..mungkin dia dah bagi kat suami dia lah tu..
Dan skrg..Inur tak pulang dan ejen di Batam masih lagi mencari dan terus mencari dia. Kalau dapat..mau disumbat dlm jel je kata ejen tu.
Ape pun segalanya mungkin dah terlambat sbb brg yg Inur bawa pergi bukan setakat barang kemas mak je..hp aku..carger..duit..beg troli mak aku..hutang yg dia tinggalkan kat sini..dah cecah ratus2 gak..tapi kalau dicampur hmm..puluh ribu jugak tu..
Oklah..mulai dari hari ni aku takkan nak letakkan kepercayaan pada pembantu rumah. Lantaklah diorg nak merayu ke ape ke..kemudahan dan kemewahan yg sepatutnya dia akan dapat, lepas gaji diorg patut diterima maknanye tolak terus. Bukan dlm keadaan masih dlm jaminan mcm skrg sbb kalau dia lari..mmg kira burn lah..
Camne pun aku mmglah tak sangka...terlalu amat tak sangka dia sanggup buat aku sekeluarga camni. Hakikatnye benda ni semua dah berlaku.
Skrg ejen tengah cari org baru utk ganti si Inur tu. Harap dapatlah yg amanah dan rajin. Yg ikhlas nak bekerja kerana Allah..
Si Zila tu tak tau ape2..kalau dia tau mesti dia nak lari jugak pasal mmg takde kesudahannye hal ni. Dia tak nak tinggal lama kat rumah mak aku tapi terpaksa tinggal lama jugak. Kesian dia..nak amik pun hanya amik duit jelah..dah takde ape pun yg dia nak kebas kat rumah mak dan baba aku tu lagi..yg berharga semua dah habishhh..
Ntahlah ek..kengkadang tgk org layan maid dia mcm binatang. Ekceli aku tak nak ler layan sampai buruk gitu. Aku nak layan mcm manusia..tapi kita lak diperbodohkan. Ape punye nasiblah..
Khamis, 30 Julai 2009
Berita Terbaru
hasil semaian ♥nrina♥ di 8:15:00 PG
Label: Cerita Aku
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
2 bunga tulip:
abis dia sapu ye,takde perasan langsung.
Dari satu masalah menjadi satu lagi masalah...
Catat Ulasan