Hari ni mmg mencabar sungguh..
Kalau budaklah..dah lama aku tampar..silap2 leh kene terajang terus..
Tapi ni mak aku...takkanlah nak buat camtu lak..
Sepatutnya yg aku citerkan..hari ni kene g Hospital Besar Melaka untuk mak amik darah dan ujian yg telah dijadualkan.
Tapi mmg betullah lagi semalam dia kata tak nak g tu..mmg betul2 dia buat hal hari ni.
Ingatkan bolehlah pujuk dan auta dia tapi susah betul nak sangkal apa yg dia cakap..dah kalau dia kata tak nak tu..jgn haraplah sape2 yg leh ubah pendirian dia..
Yang paling dasyat kitorg yg terpaksa angkat dia untuk masuk dlm kete kene tempeleng..ramas muka..tarik tudung..cekau..gigit tangan..disamping nak tahan badan dia jgn jatuh..
Sebenarnya kudrat dia lebih kuat daripada kitorg ni..3 org tau nak bawa dia ke kereta sampai masuk..nampak tiang dia peluk tiang..nak masuk pintu kete dia sekat tangan dia..amik masa 15minit nak buat dia masuk dlm kete..aku bagi kuih dia kitai hancur dan baling merata..kain pun dia nak bukak sampai separuh bogel..
Ape punya perangai ler kan..
Mak ni bukan sakit lagi dah..dia sakit perasaan...tapi selalu cakap nak mati je..biarkan aku mati katanya..tak nak pergi hospital..tak nak jumpe doktor..tak nak makan ubat..
Sebenarnya sumpah seranah caci maki hamun je yg kuar dari mulut dia..ape leh buat..telan jelah..
Tapi yg sebenar2nya..untuk mengelakkan perasaan malu dgn keadaan mak yg menjerit tak nak g tu..maka tidaklah aku pegi hospital hari ni..tak sanggup rasanya jadi tumpuan org ramai yg ada kat hospital tu..ade yg mak kene masuk hospital sakit jiwa lak nanti..
Dengan tak perginya temujanji kali ni maka takdelah ubat yg hospital akan bekalkan...buah pinggang mak mungkin akan makin teruk..atau ntahlah..tak tau ler nak cakap camne lagi..
Air sejuk dan manis..itulah minuman dia..air putih jarang sekali dia nak minum..kalau bagi yg bergas fuhh..lagi ler habis setin..so kencing manis dah tentulah tinggi pasal dia makan pun boleh tahan..mcm2 permintaan dia nak makan itu dan ini..dan dia nak tau benda tu ade masa tu jugak..
Yelah..aku anggap mak dah nyanyuk walaupun umur dia masih terlalu muda utk nyanyuk..baru 65 tahun..
Mak bukan sakit apa pun skrg..yg sakit cuma saraf kat otak dia je..badan dia ok..kudrat pun ok..
Maka umurnya aku rasa masih panjang lagi..sama macam nenek yg telah berumur 80lebih sekarang ataupun mungkin dah 90tahun tapi masih hidup dan berpenyakit sejibi macam mak ni..ataupun penyakit mak yg macam nenek..hmm..ntahlah..
Rabu, 1 Julai 2009
Aduh..kene tempeleng
hasil semaian ♥nrina♥ di 10:46:00 PTG
Label: Cerita Aku
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
5 bunga tulip:
salam rina...lama saya x singgah sini
oo...mak sakit and x nak ke spital ye
org tua memang camtu...x caya pd ubatan and doktor
biasa ler kalau dia maki caci kita tuh
dia dah nyanyuk kan...
bukan ker rina ade guna produk alpha lipid..?
x elok ke? x kasi mak makan?
hehehe...rina, saya nih dah byk kali tukar link
ni my latest link...
http://truestoryaboutfarah.blogspot.com
Maaflah, kak tie nak tertawa bila baca pasal peluk tiang tu, ekekkee... Susah jugak kan.. Tak tahulah nak bagi nasihat apa, Nrina lebih tahu sebenarnya... Kak tie cuma berkongsi sedih je laa....
takkan kita nak biar dia terpekik kat hospital kan,malu dan kasihan pada dia pulak. kalau dah tak buleh nak larang, ikutkan sajalah kehendak dia.
Hehehe..maaf la kak tirana pun nak tergelak dengar cerita Nrina kena tempeleng, kena cekau dan kena gigit...Ikut ajelah kehendak dia..kalau dia tak nak gi..tak payah paksa..Arwah ayah kak tirana dulu pun tak nak gi hospital bila kali ketiga sakit..so anak-anak tak paksa dia.. Bukannya tak teringin tengok ayah sihat tapi tak kuasa nak berlawan dengan dia..hehehe
farah:
ha'ah hari tu baru jengah blog awak hehe..tapi tak tinggal jejak pasal jengah je..
mak dah jelak masuk kuar hospital jadi dia tak nak lagi ke hospital..
skrg ni ape produk pun yg dia makan takde kesan dah pasal dia tak nak ikut pantang..lagipun dia mmg tak nak makan apa pun ubat melainkan air manis dan sejuk je..
kak tie:
hehe...itu saya cerita..lum ada kat tempat kejadian hehehe..kitorg semua tak leh nak naik hangin sbb rasa cam lawak giler masa tu hehe..
julietchun:
hmm..itu jelah yg mampu kitorg buat skrg..biarkan je..
kak tirana:
hahaha...itulah tapi kalau sape yg ada masa tu mesti nak tergelak sakan punye..
jadilah pengubat hati yg marah sbb kita anggap itu lawak je hehe..
Catat Ulasan