Sabtu, 12 Disember 2009

Tetibe je..

Ni hari yg aku mula rasa sakit seperti nak bersalin tapi sampai ler skrg tak jugak bersalin hehe..

Memula sekor je..kupu2 ni ntah ape yg dia buat masuk dlm rumah. Org kata ada org nak datang jadi aku ingatkan mestilah baby nak kuar malam tu. Elok je dia lepak kat tempat aku akan berpantang tu..

Abih tu tambah plak sekor lagi dok join kupu2 tu. Yg tu sejenis serangga.


Sampailah sekarang diwaktu dan saat ni aku tak rasa sakit dah. Jap sakit jap tak. Bila byk buat keje tu sakitlah. Tapi bila berehat dah tak sakit dah.

Aku agaklahkan pasal aku byk rehatlah ni baby tak kuar. Sikit2 bila tak tahan nak baring. Masa aku keje dulu mana ada masa nak baring..bila sakit terpaksa jugak keje jadi pasal tu baby cepat keluar.

Ada masa perut aku dah turun tapi bila aku baring tengok baby dah naik balik. Abih tu camna nak buat sbb pinggang aku ni dah tak dapat nak tampung beban dah. Mmg sakit sgt jadi terpaksa baring je. Duduk pun sakit.

Hari ni aku kene lapor diri kat Hospital Besar Melaka. Nak kene indius. Uwaaaa....

Tapi mungkin esok kot sbb aku lapor diripun petang ni. Aku nak g lambat2lah hehe..pastu nak cakap dgn doktor minta tempoh lagi sampai 16hb ni. Aku nak bersalin secara semulajadi..tak naklah paksa2 ni..tak sukelah..

Barang yg diminta..

Inilah dia barang yg aku minta kat suami. Semua tu bukan murah..huhu..tu yg sampai dah segan tu hehe..

Ini set bersalin Tropical Herbs + minyak bayi RM262.50. Set bersalin tu je RM240. Minyak bayi RM22.50. Beli kat internet. Minyak bayi ada sekali dlm set tu tapi masa anak kedua dulu aku suke sgt bau minyak tu tapi nak cari org jual lagi takde plak sbb aku bukan ahli amway jadi aku beli extralah. Klik sini


Yang ni bengkung moden. Harga RM225. Mahal sgt tapi macam best plak fungsinya. Jimat masa dan tenaga..terutama senang nak g tandas hehe..takdelah seksa nak bukak tali lagi. 


Ini kad org yg jual bengkung tu. Beli kat internetlah. Klik sini


Yang ni plak water heater..RM430. Suami yg beli sendiri. Yg aku survey semua dlm RM500++


Yang ni baru sampai tadi. Beli kat internet jugak. Klik sini


Tungku moden RM95. Ada magnet dan batu bertenaga gunung berapi. Punyelah berat...pasti lepas ni perut aku leper hehe..yg ni saiz paling besar 2kg. Kira yg paling mahal ler jugak hehe.. 


Itulah semuanya. Semua persediaan utk bersalin dan berpantang nanti. Maklumlah aku berpantang sendiri. Takde sape nak siapkan segala utk aku. Takde sape nak bakarkan batu jadi belilah tungku moden..cas pakai elektrik je. Takde sape nak masakkan air panas jadi pakailah water heater. Takut takde masa nak ikat bengkung jadi pakai je bengkung moden yg pakai lekap je. Yg set bersalin Tropical Herbs tu mmg aku gune sejak anak kedua. Best sgt sbb tu nak gune lagi.

Apepun diucapkan jutaan terima kasih kat ayah sbb sudi membeli semuanya ini utk mama. Demi keselesaan mama katanya. Aduh..sungguh terharu. Mama hanya mampu balas dgn kelahiran anak ketiga ni jelah ye ayah hehe..

love u so much ayah..

Khamis, 10 Disember 2009

Dah cukup..

Dah cukup ape? hehe..

Dah cukup cukuplah tu mengidam ni..

Aku sebenarnya dah naik malu asyik meminta kat suami. Rasa membebankan dia plak walaupun dia tak penah pun cakap camtu. Masalahnya makin dia ikutkan ape yg aku nak..makin rasa bersalah plak aku pada dia.

Mungkin sebagai suami seboleh2 dia nak penuhi ape yg aku minta skrg selagi dia mampulah. Yg aku minta pun ade kala melampaui batas jugak tapi dia tetap ikutkan. Tapi aku plak yg tersedar dan terasa malu sgt2. Rasa berdosa plak bila byk sgt meminta ni.

Ntahlah..kan aku kata emosi aku tak bape stabil skrg ni. Jadi aku cepatlah sedih. Sedih bukan dia tak penuhi permintaan aku tapi sbb dia penuhi ape je yg aku cakap. Sampai sekarang dah takde ape lagi dah yg tertinggal..semua dah tercapai. Kepuasan yg aku dapat rasa bukan kegembiraan tapi rasa bersalah plak.

Ya Allah..aku bersyukur sgt dapat suami yg baik sgt macam dia. Mati hidup semula pun aku nak suami macam dia jugak. Dia terlalu menyayangi keluarga..isteri dan anak2. Segala ape yg kitorg nak sebolehnya dia nak penuhi.

Ayah..mama love u so much..maaf sbb byk menyusahkan ayah dgn pelbagai permintaan mama ni. Sebenarnya mama dah malu sgt..rasa tak nak minta lagi tapi perasaan nak makan ikan bakar tu meluap2 plak disaat akhir ni walaupun mama cuba tahan sedaya mungkin. Terpaksa jugak ayah penuhi. Terima kasih ye ayah..

Selera makan aku melampau sikit bila dah cukup bulan ni. Aku nak makan yg berat2 je rasanya sampaikan berat aku seminggu naik satu setengah kilo dah. Baby kurang geraklah pasal dah makin membesar. Kerap mengeras je tapi tak jugak nak keluar. Ape lagi yg dia nak ntah..tak larat dah aku nak ikutkan ape yg dia minta hehe..cukuplah tu..mama dah malu kat ayah ni..

Kembali tapi..

Aku kembali tapi masih dlm keadaan memboyot hehe..

Lum bersalin lagi huhu...
Dah sakit selama 4 hari tapi hanya sekejap ada sekejap tidak..macam biskut.
Sekarang aku normal..tak sakit tapi pening kepala sbb bosan asyik nak baring je. Kang buat keje byk2 tak larat plak nak berdiri.

Nampaknya 5 hari sebelum tarikh jangkaan dah terlepas. Maknanya masih ada hari Jumaat utk aku tunggu kelahiran ni. Mungkinkah sama? tapi kalau tak jugak aku tetap kene masuk wad Sabtu ni. Indius..benda yg paling aku tak nak tu uwaaa...

Keadaan emosi aku pun tak menentu skrg. Yg pasti byk sedih dari happy. Ntahlah tetibe je rasa camtu..kecewa kot sbb baby ni tak kuar2 lagi hehe..dah ler tak sabar sgt ni.

Kepada kengkawan yg mendoakan terima kasih ye.

Ahad, 6 Disember 2009

Lari dari rumah..

Kalau ade yg bertanya aku dah bersalin ke belum..
jawapannya..sudah..
2 org sudah keluar haha..dululah..
sekarang lum lagi..utk yg ketiga ni hehe..

Tapi sekarang ni dah mula rasa sakit..tak tau ler sakit ape cuma aku tahan jelah pasal aku nak citer pasal mak aku plak hari ni.

Dah lama aku takde cerita pasal mak aku yg sakit tu kan. Kalau sebelum ni macam biasa jelah. Yang paling aku kerap dengar adalah mak dan baba asyik bergaduh je. Yelah dah dekat..kalau jauh tu rindu..biasalah.

Tapi kali ni gado dia lain sikit. Mak dah mula larikan diri dari rumah. Yg aku pelik tu..terlarat plak dia keluar rumah sedangkan kat rumah...nak pegi tandas pun kene minta tolong kat baba bawakan.

Termasuk hari ni..dah 2 kali dia lari dari rumah. Yg segannya dgn keadaan dia yg kusut masai dgn tak pakai tudung..dia pegi rumah jiran yg berdekatan. Dia tinggal kat kampung..bukan kat taman jadi jarak antara rumah jiran yg berdekatan maunya dlm 50meter..larat plak dia berjalan sejauh tu. Kalau kat tandas rumah tu rasanya tak sampaipun 10meter...tak larat plak. Ntah dari mana datang kekuatan dia tu..

Yg panik mestilah baba. Telefon anak2 suruh bawa mak pulang sbb baba takkan dapat pujuk mak pulang sbb dia dah gado. Tadi disebabkan semua adik beradik aku outstation dan yg ada pun tak jawab telefon maka baba terpaksa telefon aku utk minta pertolongan. Alahai..kene tunggu suami aku jelah bantu. Tapi belum sempat suami aku pegi, dah ada org hantar mak balik rumah. Ramai yg dok kerumun mak kat taman yg berdekatan dgn rumah sbb mak dah berjalan sampai sana..kira jauh ler jugak..dlm 100meter.

Salah baba jugak sbb tak kunci pintu. Mmg selalu baba kunci pintu sbb tak nak kasi mak keluar. Hal mak nak larikan diri ni dah lama..tak kira siang atau malam. Tapi skrg dia dah pandai buka kunci pintu rasanya. Itu yg terlepas tu. Lagipun mak mmg suke melarikan diri dari rumah walaupun masa dia sihat dulu sbb asyik bergado je dgn baba. Bila dah berjauhan barulah datang sayang tu balik.

Ntahlah..kalau bergado ni mulut macam longkang..segala sumpah seranah disebutnya. Dah byk kali tegur pun masih jugak tak berubah. Nasib baik aku dah pindah, kalau tak anak2 aku membesar dgn kata2 kesat dan caci maki yg akan mempengaruhi dia nanti. Setiap hari nak bergado dan hal yg digadokan tu hal yg sama bertahun2. Hal baba tuduh mak berzina..padahal dia takde bukti dan kalau benar..apsal dia tak bertindak marah kat org yg dituduh tu. Yg digado hal lain tapi nak jugak sebut hal tu..bosan aku mendengarnya.

Ntah bilalah kesudahan diorg ni. Mak tu asyik kata nak cerai je. Kalau difikir logik..baba tu ada hak pun utk lafazkan cerai tu sbb bukan mak yg jaga dia..dia yg jaga mak. Jadi bila2 masa dia boleh lepaskan tanggungjawab dia utk menjaga mak. Tapi dia tak buat camtu..mulut dia masih lagi bertahan utk tak sebut cerai tu.

Susahlah camni. Makin lama makin teruk..yelah sejak aku kurang datang jenguk diorg..berbanding dulu aku kerap bawa diorg jenjalan bagi hilangkan tension ke hape ke..skrg ni aku mana larat lagi. Malas nak keluar rumah. Kalau keluarpun kejap je setakat nak beli ape yg perlu sbb aku kerap nak cari tandas dan kene baring sbb cepat lenguh kaki dan letih.

Oklah..skrg ni mak aku dijaga oleh abang. Ntah sampai bila tak taulah. Nanti dia mesti rindu nak balik rumah dia balik..tengoklah nanti. Aku dah bosan dah dgn sikap diorg ni..nak sangat dok rumah sendiri tapi bila dah dok rumah sendiri asyik bergado je..nak sgt bercerai tapi yg gile talak nanti mak aku jugak..baba tu ok je.

Dahlah..harap diorg tu kembali normal balik. Buat malu je kat org sekeliling tengok keadaan diorg yg gado mcm budak2 tu.

Aku pun makin sakit perut ni. Tak tau sakit ape..nak buang air atau nak bersalin hehe..harap nak bersalinlah..tapi takut huhu..

Doakan aku selamat melahirkan anak ye..

Jumaat, 4 Disember 2009

Tensionlah..

Melihat angka yg makin sikit tu..buat aku jadi takut plak..

Lagi seminggu..atau mungkin tak sampai seminggu..

Hari tu 3/12/09 pegi Hospital Besar sbb Klinik Cheng tu buatkan appointment utk aku kat sana..kes kencing manis ni ler..

Macamlah besar sgt kes aku padahal aku takde kencing manis tapi seboleh2 diaorg tu nak buktikan yg aku ni ade kencing manis..macam bodoh je rasanya diorg tu lah..menyusahkan aku je..

Tau ler nak tunggu giliran tu..berjam2..pinggang aku naik lenguh duduk je..dah ler tak larat nak bawa badan..baik aku duduk kat rumah..byk benda lagi aku boleh buat..daripada dok melangok kat sana..dah ler macam bola..jap masuk bilik ni jap bilik tu pastu bilik ni balik..

Tapi doktor bitau kat aku..walaupun aku takde kencing manis skrg tapi disebabkan anak pertama dulu ade jadi aku akan dipaksa bersalin jika melebihi dari tarikh jangkaan. Aduh..aku mmg bersumpah kat diri sendiri ni tak nak kene indius lagi. Tobat aku..mmg menyesal sungguh dulu..tak suke langsung ni..menyampah..

Pasal tu aku sanggup bohong kat nurse klinik desa ni yg aku takde keturunan kencing manis..padahal mak dan baba tu mmg kronik dgn penyakit kencing manis ni..kes tak nak indiuslah ni tapi ntahlah..hishh..ni yg buat aku tension ni.

Harapnya baby ni cepatlah keluar sebelum tarikh yg dimaksudkan iaitu 13hb ni..kalau tak jugak bersalin 12hb aku kene masuk wad...uwahhhhhh....tak nakk..

Hairanlah..apsal masa aku mengandung Zarfan dulu takde plak nurse kecoh2 nak buktikan aku ni kencing manis jugak. Dah buat ujian sekali tu dah ler..kalau dah terbukti takde tu takde lah..ni tak..selagi boleh nak jugak indius aku..ingat tak sakit ke kene indius..bencilah..dah dua tiga kali buat ujian tapi masih negatif tu..negatiflah..apsal seboleh2 nak jugak dia tengok aku positif kencing manis ni aduyaiii...

Nanti mengandung anak ke 4 nanti aku tak nak bitau langsung yg aku penah kene kencing manis tu. Buku merah tu hilang hehe. Kalau betul ade, masa test urine mesti dah nampak..kalau takde tu takdelah..tak payahlah nak kecoh..hmm..kes nurse klinik desa yg takde keje cari keje ler ni..tension..tensionlah..

Selasa, 1 Disember 2009

Span Sofa Bed

Malam tadi aku macam biasalah tetibe je bersemangat nak ubah kedudukan ruang depan rumah aku yg bakal aku jadikan tempat berpantang aku tu...

Dah itu je tempat yg sesuai dan luas..kat tengah rumah plak ade tv..bising plak baby nak tido nanti. Lagipun pengudaraan kat ruang depan rumah aku tu best sgt sbb leh bukak tingkap dan terang hehe..

Puas jugak aku pk kat manalah nak letak segala kain dan telekung yg aku jual tu. Kat dlm bilik kalau letak sempit plak anak2 nak tido lagipun kalau tetamu datang takkan nak suruh masuk dlm bilik tengok kain..jadi aku cuba ubah supaya leh letak jugak kat depan tu..tetamu yg datang bukan je akan tengok baby tapi leh jugak tengok kain dan telekung yg aku jual tu hehe..janji poket masyukkk hihi..

Tapi bukan ini tujuan sebenar aku nak cerita..

Tengah aku mengemas tu..tetibe aku terpk plak nak tukar span utk sofa bed aku tu. Yelah sejak aku lahirkan Zarfan..dah 3 tahun lebih tak berbasuh pun sarung tu..apatah lagi span tu..makin mereput.

Puaslah aku mengelap besi sofa bed aku tu malam tadi. Punyelah banyak habuk..sbb tak penah sentuh pun bawah sofa tu sebelum ni sbb ada span sofa tu.

Jadi aku bercadang esok hari maknanya hari ni ler utk pegi cari kedai membaiki sofa..nasib baik kedai perabot yg aku tanya tu bitau katne tempat tu..kalau tak payah gak nak cari tanpa panduan sbb kengkawan yg aku tanya semua tak tau..

Maka aku pergilah tadi. Kat Peringgit je kedai tu bersebelahan dgn Petronas Peringgit. Alhamdulillah aku pegi kedai yg bukan sia2 sbb mmg dia menyediakan perkhidmatan bukan je span utk sofa tapi leh tukar kain utk sofa..

Tapi korang tau tak bape harga span tu? Aku nak yg kualiti eloklah sikit..tak nak yg macam aku gune skrg ni sbb penyek je..

Harga sekeping besar mcm tilam katil baby tu RM50. Jadi semua ukuran cam sofa bed aku tu RM150..mulanya aku ingat dia cakap satu RM50, aku pun angguklah tapi cam tak bape dengar plak, aku tanya balik..rupanya seratus lima puloh uhuk..uhuk..

Tercekik aku dengar..pastu aku tanyalah kalau siap tukar dgn kain sekali berapa..harga kain semeter RM30..jumlah yg diperlukan utk sofa aku 5 meter jadi RM150 jugak..tapi kesemua jumlah termasuk upah jahitlah RM400. Itupun dah habis kurang dah aku mintak..dia tak leh kasi kurang lagi.

Fuhh..aku beli sofa bed tu RM690..adakah berbaloi? oh ikan kaloi..

Pastu pk punye pk punye pk..minta izin kat suami tadi..dia mcm berbelah bagi je. Pastu masa utk diorg siapkan dgn kain sekali amik masa dlm seminggu lebih..lama gak tu..takut nanti aku dah bersalin takde katil plak..dahlah itu je katil yg ada..

Jadi aku buat keputusan utk beli span jelah..lain kali boleh pk tukar kain sbb tidak berapa penting buat masa ni. Apepun RM150 tetap melayang huhu..

Sofa bed aku yg hanya akan bertukar span je..lum rupe lagi hehe..

Hatiku

Related Posts with Thumbnails
 
Design by Amanda @ BloggerBuster