Khamis, 28 Januari 2010

Marah je

Ya Allah..tensionnye aku..

Lepas satu..satu diorg buat hal..

Aku ni bukan je masa mengandung cepat marah..lepas beranak ni pun lagi ler cepat marah..tapi adakah sbb aku yg cepat marah atau anak2 ni yg makin nakal.

Korang bayangkanlah..

Bilik aku dah hampir musnah diorg kerjakan..kejap je kemas bantal..susun elok2..pastu sekali lagi tengok semua dah sepah..bawah katil..

Pastu kat bilik diorg plak..mainan dah tentu bersepah..itu dah biasalah..perkara terbaru yg diorg buat...masuk dlm almari..kononnya menyorok..

Patutlah setiap kali amik baju, aku nak bukak pintu sliding almari tu macam ketat je rupenya dah lari dari landasan..rupanya ada budak menyorok dlm tu..dua2 sekali masuk..pintu tu konon cam sliding door ler...kot iyer pun nak berimaginasi..jgnlah menjahanamkan harta benda..

Keadaan rumah selalunya macam baru lepas kene bom..semua berselerak bersepah..

Kemaslah rumah ni berjam2 lamanya sampai peluh menitik2 kat lantai tapi dlm masa seminit je anak2 ni leh musnahkan balik..eeeiiiiiiii sakitnya hati aku ni...

Hari tu g shooping pun sama..aku ada beli gunting utk peralatan sekolah Zikry..belum pun bayar dia dah gunting tag harga brg2 dlm troly..ntah bila masa dia kuarkan gunting dlm plastik tu tak ler aku nampak sbb sibuk cari brg..dah tak dapat nak beli brg tu masa nak bayar sbb dah malas nak pusing amik balik yg lain..dah ler masa tu baby dah bangun dan menangis je..tak pasal2 aku jadi tumpuan plak..

Ke semua org yg ada anak lelaki 2 org mmg camtu? Azam aku tak cepat marah utk tahun ni dah musnah...rasa nak meraung kuat2...tension sgt ni..!!!!!

Ade sape2 yg punya pengalaman cam aku tak..leh kongsi masalah dan cara penyelesaian yg bijak..aku ni kengkadang hilang akal jugak nak buat diorg ni dengar cakap.

3 bunga tulip:

julietchun berkata...

dirumah aku ada 2org budak lelaki yg akan buat benda yg tak tercapai dek akal,kalau marah atau rotan pun sekejap je dorang diam, pastu mula buat perangai balik.kena banyakkan sabar, dah besar nanti dorang berubah sedikit demi sedikit.

Tie berkata...

Nrina, kak tie cuma ada sorang je anak lelaki. Tapi, masyaallah.. perangainya macam 10 orang. Bayangkan diri kak tie yang pendiam dan ayu serta cun tu tetiba bertukar jadi tarzan kacukan singa! Memang terus berubah perangai kak tie, jadi pemarah dan selalu naik angin.

Tapi, kak tie kesal gak, sekarang cuba nak berubah, lagipun bateri pun dah kurang.... Kena guna psikologi sikit budak2 tu. Beri dia peluang utk kembangkan minat mereka... dan sediakan satu zon larangan.

kak tie selalu je pekik bila zon larangan dilanggar.... lama2 dia faham. Dan cuba puji bila budak2 tu buat baik, upah aiskerim pun okay... Suruh mereka kemas jika nak tengok tv contohnya... cubalah nrina. Jangan biarkan kemarahan tu berpanjangan.. nanti tak boleh kawal.

♥nrina♥ berkata...

julietchun:
aku mmg tak suke budak..tapi dah ada anak tetap kene suke hehe..

kak tie:
dah buat dah..byk gak saya baca camne nak faham kenakalan anak ni tapi saya ni manusia selalu nakkan yg sempurna..tak nak tunggu lama hehe..

Hatiku

Related Posts with Thumbnails
 
Design by Amanda @ BloggerBuster