Isnin, 29 Februari 2016

Makanan tidak boleh simpan dalam peti sejuk


Berikut merupakan 10 jenis makanan yang anda kena elak untuk simpan dalam peti sejuk.

1. Ubi Kentang- Ubi kentang akan merasa “gembira” jika anda menyimpan ia di tempat yang kering, dan gelap. Menyimpan di dalam peti sejuk akan menukar kanji dalam kentang kepada gula, dan ini akan mengakibatkan satu rasa yang kurang enak pada kentang.

2. Tomato – Simpan sahaja tomato di luar peti sejuk di tempat yang kering. Menyimpan di dalam peti sejuk akan menyebabkan tomato kehilangan kesegaran dengan lebih cepat.

3. Madu – Simpan madu di dalam suhu bilik dan jauhkan dari matahari. Menyimpan di dalam peti sejuk akan menyebabkan madu berbuah bentuk seakan kristal dan mengeras.

4. Tembikai – Menyimpan tembikai di dalam peti sejuk akan mengakibatkan ia kehilangan pengantioksida. Biarkan ia di luar untuk mengelakkan ia kehilangan nutrien yang sepatutnya kita ambil.

5. Bawang- Ramai yang tersilap bahagian ini.Menyimpan bawang dalam peti sejuk akan menyebabkan makanan lain di dalam peti sejuk terkena bau dari bawang. Simpan sahaja bawang di dalam almari makanan.

6. Roti – Ya, ramai yang lakukan ini. Anda menyimpannya di dalam peti sejuk kerana menyangka ianya dapat menghalang pembentukan kulat. Ya, memang ianya menghalang, tetapi ianya akan menjadi sedikit keras dan kering. Ya, boleh menyimpannya, tetapi masukkan di dalam bekas khas kontena dan jangan biarkan ia terbuka.

7. Kopi -Ianaya akan menyebarkan bau kepada makanan yang berada dalam peti sejuk. Maka, barkan ia di dalam suhu bilik bagi mengekalkan kesegarannya.

8. Bawang putih – Simpan bawang putih di dalam tempat yang gelap, kering an masukkan di dalam beg kertas. Ia akan terus kekal segar. Menyimpandi dalam pet sejuk menggalakkan pertumbuhan kulat pada bawang putih.

9. Sos – Semua sos boleh kekal segar dengan hanya meyimpannya di dalam suhu bilik dalam keadaan kering.

10. Tumbuhan herba – Menyimpan tumbuhan herba di dalam peti sejuk akan menyebbakan ianya hilang kesegaran dengan lebih cepat. Simpan tumbuhan herba dalam bentuk jambangan bunga, dan letakkan dan biarkan separuh dari herba itu di dalam air. Biarkan sahaja di dalam suhu bilik.
Moga selepas ini, anda tidak lagi membuat kesilapan menyimpan makanan yang tidak sepatutnya di dalam peti sejuk.

0 bunga tulip:

Hatiku

Related Posts with Thumbnails
 
Design by Amanda @ BloggerBuster