Isnin, 19 November 2012

Aiman Zikry 8 Tahun


Aiman Zikry dah pun 8 Tahun...

Dah habis sekolah baru berumur 8 tahun ahaqs..

Apa boleh buat dah ditakdirkan awak tu lahir hujung tahun hehe.

Aiman Zikry ni adalah benih cinta pertama aku dan suami..

Walaupun ada cerita pahit untuk mendapatkannya tapi dia jugalah yg memberi kebahagiaan dan kasih sayang yg sentiasa berpanjangan untuk keluarga ni.

Aku mengharapkan dia akan menjadi seorang abang yg bertanggungjawab terhadap adik2nya. Sekarang ni tau gaduh je...jgn ler bawak perangai tu sampai ke besar yg sayang..kesian adik2..

Mama dan ayah sentiasa dan selamanya akan menyayangi semua anak2 mama terutama abang sebab abang adalah insan yg pertama keluar daripada perut mama ni. Pengalaman yang cukup bermakna pada mama yg pertama kali menjadi ibu pada waktu tu...

Nota jari : Tiada hadiah berbentuk barang kali ni tapi hadiah berbentuk percutian keluarga je...esok kita naik duck tour yg kat Banda Hilir tu ye hehehe... mahal tu...hihihi...

0 bunga tulip:

Hatiku

Related Posts with Thumbnails
 
Design by Amanda @ BloggerBuster