Isnin, 13 Ogos 2012

Menunggu hari...

Assalamualaikum...

Menunggu dan terus menunggu hari yg mmg ditunggu hehe...

Seksanya menunggu ni tau tak...aku makin x larat dah ni...sakit tp bukan sakit nak bersalin pun..sakit pinggang, sakit perut, sakit hati, sakit mata tgk rumah bersepah, habuk bermaharajalela. Baru je lap, besok dah ada sawang balik fuhh..rasa nak belasah je labah2 yg suka buat sawang ni tau..

Tapi yg aku perasan walaupun dah nak dekat waktu bersalin dlm bulan puasa ni.. kesakitan aku adakalanya hilang seketika. Maka waktu tu aku gunakan utk buat apa je keje yg patut mcm mengemas ke. Sungguh puas hati dapat mop rumah dan lap segala habuk semua..tp masalahnya kejap je bertahan. Tu yg bengang tu. Kalau dpt bertahn sampai raya atau sampai aku bersalin ok gak. Xdelah mata aku dok berbulu je tgk semak, sampah, habuk masa aku dah langsung x larat nak pegang batang mop tu.

Apapun aku mmg dapat rasakan kenikmataan ramadhan kali ni. Anak2 dapat sama2 puasa. Yang paling best kitorg selalu dpt makan bersama yang mana sebelum ni x pernah pun camtu. Zarfan anak kedua aku yg baru 6tahun pun ok gak puasa walaupun awal2 dia x faham sgt tp lama2 dia biasa jugak. Xde curi2 minum atau makan atau lupa yg dia tu puasa hehe. Abang dia Zikry alhamdulillah..walaupun puasa tapi stamina mcm x puasa...cergas semacam je..Zahran x yah cakaplah..dia ler penggugat kat dlm rumah ni..sape yg x kuat iman mmg terbatal puasa hahaha...

Sekarang ni aku tgh gosok baju sekolah anak...x taulah sampai kul bape. Mungkin sampai sahur. Dah lama x on laptop..dah bersawang jugak haha. Otak aku pun sama sebenarnya. Tetibe je nak update blog yg juga bersawang ni... Maka inilah hasilnya. Merepek tgh2 mlm..

Buat masa ni aku cuba kemas sikit2 rumah. Mood raya sudah mari. Cuma buat kuih je lum ada mood. Barang dah beli tp tiap kali nak mulakan mulalah aku rasa badan ni dah x mampu nak berdiri maka tido je hehe. Kalau x bersalin esok..nak buat jugaklah besok biskut coklat tu. Berkobar dah ni tp kudrat xde plak.

Rumah skrg pun aku maintainkan je.dah kemas beriya hari tu sampai hampir x sahur haha..sib baik suami tolong kejutkan. Makan pun bukan berselera sgt..sikit je dah kenyang. Budak ni dah tekan perut kasi kecik..

Berpantang kali ni mmg kat rumah baru ni. Bersemangat juga sbb aku suka berpantang sendiri. Xde org nak bebelkan perangai aku yg degil ni. Sendiri buat sendiri tanggung haaa.... Suami pun sentiasa ada di sisi so aku x perlu risau mcm dulu. Ada kesempatan juga utk aku diet... nak kurus mcm masa anak dara balik cheh wahh..

Oklah...takat ni jelah..dah x tau nak cakap apa...cuma skrg aku rasa aku sayang sgt kat suami sbb tanpa dia aku rasa aku x mampu bertahan skrg..tanpa dia aku x mampu teruskan hidup..tanpa dia aku hilang arah..tanpa dia aku bukan aku...dan jika ajal menjemput...aku lebih rela pergi dulu dari dia...

Ayah...mama sayang sgt kat ayah...dlm hidup mama cuma ada ayah, anak2 dan saudara mara..walaupun tiada lagi mak dan baba dlm hidup mama tp mama tidak kesunyiaan sebab ayah sentiada sayangkan mama...sentiasa buat mama gembira.. berkorban utk mama.. penuhi segala permintaan mama...macam yg pernah mak dan baba buat utk mama masa diorg hidup dulu... dan mama sgt2 berterima kasih kat ayah dan sgt2 bersyukur pada Allah sbb kurniakan seorg suami yg sempurna macam ayah untuk mama...alhamdulillah...

Moga kelahiran anak yg ke 4 ini memberi lebih keceriaan dan kebahagiaan dlm keluarga kita..

0 bunga tulip:

Hatiku

Related Posts with Thumbnails
 
Design by Amanda @ BloggerBuster