Khamis, 6 Oktober 2011

Buat keje sekolah

Assalamualaikum Puan Jamilah. Saya inginkan tips untuk anak sulung saya yang baru masuk Darjah 1.

Kerja rumah (homework) merupakan satu kejutan budaya bagi dia. Dia sering main-main ketika membuat kerja rumah.

Kerja yang boleh siap dalam masa setengah jam, kadang-kadang mengambil masa sejam lebih sebab perhatiannya mudah terganggu dengan adik-adiknya yang bermain atau rasa susah nak siapkan tugasan yang bersifat tulis berulang-ulang.

Untuk makluman Puan, saya bekerja sendiri dan terlibat aktif dalam NGO.

Waktu kerja saya fleksibel tetapi adakalanya saya perlu keluar pada waktu malam untuk mesyuarat.

Mungkin Puan ada cadangan untuk saya agar saya dapat menyeimbangkan masa untuk anak saya yang masih lagi dalam tempoh meyesuaikan diri.

Terima kasih saya ucapkan atas respon Puan.

Jawapan

Waalaikumsalam Puan A. Terima kasih atas kiriman e-mel Puan.

Biasanya kanak-kanak mengambil masa untuk membiasakan diri menyiapkan kerja rumah. Ada banyak faktor terjadi demikian.

Tapi selalunya bila masuk Darjah Satu, tak biasa ada homework, tiba-tiba terpaksa buat.

Jadi saya setuju dengan Puan tentang tempoh menyesuaikan diri. Saya ada beberapa cadangan :

01.
Kanak-kanak memerlukan struktur dalam kerja rumah.

Bagi kanak-kanak kecil seperti anak Puan, Puan digalakkan untuk memperuntukkan masa selama setengah jam atau 45 minit khas untuk memastikan anak Puan menyiapkan kerja rumahnya (Puan boleh mengurangkan masa tersebut jika ia terlalu lama untuk anak Puan).

Gangguan seperti televisyen perlu dielakkan 100%. Berikan tempoh masa itu satu nama yang menarik.

Contohnya dalam keluarga kami, ia dinamakan 'The Golden Hour.' Kami akan berkumpul bersama dan setiap orang akan mengulangkaji pelajaran atau membuat kerja rumah atau membaca buku dan lain-lain.

Anak Puan boleh membuat kerja rumah sambil adik-adiknya main conteng-conteng atau membaca buku atau aktiviti lain yang berkaitan. Idea ini bertujuan untuk membuatkan dia berasa disokong dan tidak rasa terasing atau sunyi.

02.
Kanak-kanak akan merasa keberatan apabila yang diberi terlalu susah. Pastikan ini tidak berlaku kepada anak Puan.

03.
Anak Puan adalah seorang lelaki. Anak lelaki sifatnya berbeza daripada anak perempuan.

Sampai satu tahap dalam kehidupan mereka, tahap hormon testosteron berada di kemuncak yang menyebabkan dia perlu banyak bergerak (physically active).

Ini memang naluri kelelakian semulajadi.

Sebenarnya, sangat sukar untuk seorang budak lelaki berusia tujuh tahun untuk duduk selama setengah jam terus-menerus.

Puan boleh cadangkan rehat lima minit selepas 30 minit membuat kerja contohnya. Kemudian teruskan lagi.

04.
Tunjukkan minat terhadap apa yang dipelajarinya. Bincangkan apa yang dia belajar di sekolah termasuklah kerja rumah yang dibuatnya. Jadi, sekolah dan kemampuan menyiapkan kerja rumah menjadi sumber kebanggaan bagi dia.

05.
Kanak-kanak amat responsif terhadap galakan atau encouragement. Elakkan diri puan dari mengkritik anak-anak. What gets noticed gets done. Jadi, cari peluang untuk memberi galakan kepadanya, sekecil mana sekalipun.

06.
Jadikan aktiviti membuat homework sesuatu yang menyeronokkan. Anak puan masih kecil. Cari cara-cara kreatif supaya membuat kerja rumah adalah sesuatu yang menarik dan bukan sesuatu yang membosankan. Cuba kaitkan apa yang dia pelajari dengan kehidupan seharian.

07.
Saya perlu meletakkan cadangan ini dalam point terakhir kerana ia sangat penting. Kanak-kanak lelaki dalam umur anak Puan mempunyai kecenderungan terhadap ayahnya. Ini bukan bermakna puan kurang penting sebagai seorang ibu, cumanya pada usia sebegini, mereka cepat belajar untuk menjadi seorang lelaki. Jadi, amat perlu untuk seorang bapa memberi perhatian secukupnya mulai peringkat ini.

Ketika umur begini, ayah mereka adalah seorang hero bagi kebanyakan daripada mereka. Jadi ia sangat penting untuk seorang ayah untuk membina hubungan yang rapat dengan mereka. Ayah juga perlu membantu dalam usaha ini.

Wassalam.

Dapat sumber kat sini

0 bunga tulip:

Hatiku

Related Posts with Thumbnails
 
Design by Amanda @ BloggerBuster