Jumaat, 3 Disember 2010

Jiran oh jiran

Adakala aku sgtlah bengang...

Yelah korang pklah hal jiran sebelah rumah aku ni...dia memasak kat luar rumah.

Tujuan dia buat dapur kat luar walaupun dia ada dapur dlm rumah siap ada penyedut hasap lagi adalah untuk elakkan rumah bau masakan dia.

Oleh itu masakan yg berbau adakalanya ikan kering, menumis eh mcm2lah yg berbau mestilah masak kat luar rumah yg bersebelahan dgn rumah aku.

Rumah aku plak sentiasa buka tingkap...rumah kitorg ni masing ada ruang dibahagian tepi.

Nak tak nak bau tu mmg masuklah dlm rumah aku...memeritkan hidung aku..tak buka tingkap lagi lama nak tunggu bau tu hilang.. 

Ya...aku tak pernah cakap dgn dia sbb tak nak mengeruhkan keadaan yg cenonet tu.

Tapi dlm masa yg sama...aku juga ada buat kesalahan pada dia.

Adakala aku akan basuh lantai luar..air dah tentu2 mengalir kat rumah dia sbb rumah aku lebih tinggi dari dia.

Bukan air je yg pegi kat rumah dia so segala kotoran yg ada pun ikut singgah kat rumah dia. Masalahnya aku tak boleh nak halang. Kalau muntah kucing ke tahi kucing ke aku jirus je dan pegi kat rumah dia hehehehe...

So samalah kita seri 1-1 so dia tak kuasa nak cakap aku pun tak kuasa nak mempersoalkan...

Tapi aku basuh lantaipun dlm 2 minggu sekali...dia masak setiap hari maaa....

Takpelah demi keharmonian berjiran...tapi dia tetap baik. Jiran yg sgt baik. Prihatin dgn masalah yg aku hadapi skrg dan org yg banyak membantu aku...

Aku ni tak ramai jiran yg kenal...so ada ler 3-4 org yg kenal dan selalu bertanya khabar...rakan gosip langsung takde sbb aku jenis malas keluar rumah dan melepak ni..

0 bunga tulip:

Hatiku

Related Posts with Thumbnails
 
Design by Amanda @ BloggerBuster