Jumaat, 3 Disember 2010

Berjuta kali kesal...

Aku tak boleh tido nyenyak pun malam ni...mcmlah dapat tido nyenyak sebelum2 ni pun haha..

Tapi setiap kali nak pejam mata kejadian 'tu' berulang dan berulang kali berlaku dlm fikiran menyebabkan aku sentiasa tersentak..dalam diri ni pun dah bape juta kali kesal yg teramat sgtlah ni...

So pagi2 lagi bukak komputer semata2 nak luahkan apa yg berada dlm hati aku skrg ni.

Rumah aku ni aku jamin mmg selamat utk anak2 aku...walaupun ada byk brg tapi aku cuba pastikan mmg selamat...sbb ada baby ni aku kene sentiasa pastikan takde benda yg bersepah yg boleh dia masuk mulut maknanya lantai perlu sentiasa bersih dari kotoran dan bendasing.

Peralatan pun sama juga agar takde yg akan merbahayakan semua anak2 aku...aku cuba pastikan walaupun aku bukanlah sesempurna mana yg nak buat semua jadi sempurna..

Tapi bila kehadiran tetamu dlm rumah aku ni...byk perkara yg diluar kawalan aku. Bukan nak salahlah tetamu tapi keadaan yg buat semua aku tak boleh kawal...aku tak boleh kawal cara diorg makan supaya tak bersepah..gile ko takkan aku nak cakap makan tadah ok jgn bersepah...ape punye tuan rumah ler camtukan..dgn anak2 mmg itu ayat aku sbb apa je yg diorg makan yg mempunyai potensi utk bersepah maka perlulah amik mangkuk utk tadah setiap apa yg diorg makan.

Begitu juga peralatan diorg tak boleh sentuh tanpa izin dan pengawasan dari aku. CUMA PERKARA NI TAK TERJADI SEKIRANYA ADA TETAMU KAT RUMAH AKU.

Biasalah tetamu bukan terdiri dari org dewasa malah ada juga kanak2 lain yg tak faham undang2 dlm rumah aku hehe..cheh undang2 tau..

DAN PERKARA NI BARU TERJADI MALAM TADI.

Aku kan baru beli treadmill...takde masalah pun anak2 nak guna dgn pengawasan aku. Ok...malam tadi Zikry minta izin nak guna treadmill masa tetamu ada sbb anak buah aku nak sgt try benda tu. Aku dah beritahu TAK BOLEH sbb aku takde dlm bilik utk pastikan diorg selamat guna benda tu. Lagipun aku tgh layan tetamu dan tengah nak bersihkan nenek dia salin pempes.

Tapi kebetulan masa dah siap dressing dan aku nak amik pempes utk tukar, pempes dah habis so kene amik dlm bilik yg ada treadmill tu dan aku terkejut sbb diorg 4 org tengah naik benda tu. DIULANG 4 O.R.A.N.G...termasuk kedua2 anak aku..zikry dan zarfan.

Mungkin kerana Zarfan terkejut atau tak mampu nak ikut kelajuan treadmill menyebabkan dia jatuh terguling dan tak dapat elakkan muka dia dari disagat benda yg bergerak tu menyebabkan .....hmmm....nak bitaupun sakit hati. Aku tau masa tu Zikry on benda tu bukan secara manual tapi ikut program..dan program yg selalu dia tekan adalah utk weight loss yg terlalu sgt mencabar untuk org dewasa cam aku ni...apatah lagi budak2 dengan dinaiki 4 org plak tu..

Bilik aku yg letak treadmill ni sgt sempit jadi sape2 yg terjatuh dari benda ni takkan boleh selamatkan diri melainkan tarik kunci keselamatan secepat mungkin tapi dlm kes camni kalau yg naik semua DUNGU maka kemalangan yg lebih dasyat boleh berlaku. Kalau ruang belakang benda ni lebih luas maka diorg hanya terpelanting ke belakang tapi dlm keadaan bilik aku dgn sempitnya sbb ada kotak yg menghalang...muka zahran akan tersagat sampai nampak tulang...tapi dlm kes ni takdelah teruk camtu cuma tersagat dan melecet yg sgt teruk..sama teruk cam kene api..sbb masa tu kelajuan benda tu sgt tinggi.. 

Itulah nasib baik kebetulan aku nak amik pempes jadi kejadian tu berlaku betul2 depan mata aku dan ia berulang setiap masa dlm kepala hotak aku ni...sesal tu hanya Allah yg tahu.

Org yg aku persalahkan hanyalah Zikry sbb dia on jugak benda tu tanpa pengetahuan aku semata2 anak buah aku tu nak sgt try benda tu.

Perkara yg sgt aku sesalkan adalah aku tak simpan kunci keselamatan supaya diorg tak boleh on pun treadmill tu..sbb perkara ni tak pernah berlaku sebelum ni walaupun aku pernah tinggalkan Zikry dlm rumah seorg diri...dia takkan sentuh kalau aku kata tidak dgn adanya aku.

Dan yg paling teruk perkara ni dah 2 kali berlaku disebabkan kecuaian Zikry yg menyebabkan Zarfan yg terima akibat. Aku boleh terima kalau dia buat silap dan kene pada dia tapi skrg dia sentiasa buat silap sedangkan akibat mmg Zarfan dan Zahran yg kene.

Kes yg kene api sampai melecur kat mata tu...aku masih belum maafkan dia dan diri aku sendiri...malah ini terjadi lagi.

Kesalahan aku...kalau aku tak pegi rumah mak masa tu dan benarkan diorg bermain api perkara tu takkan terjadi. Sekarang..kalau aku simpan kunci keselamatan diorg takkan boleh on treadmill. KALAULAH...kalau..kalau..kalau...ayat org menyesal yg tak redha dgn apa yg berlaku.

Salah aku semua salah aku...itu yg aku sesal sgt...sesal yg berjuta kali menyesal dan buat aku tak boleh nak maafkan diri lagi setiap kali lihat kecederaan pada muka Zarfan..kenapa mesti muka..tak tangan ke kaki ke..setiap kali nak terjadi perkara yg teruk mesti kat muka dia..kenapa..KENAPA??!!!!

Muka dia tak cukup buruk ke yg nak diburuk burukkan lagi...

Ya Allah tolonglah beri kekuatan pada aku sbb aku dah tak mampu nak bendung rasa bersalah ni lagi...dah terlalu sakit jiwa aku ni..

0 bunga tulip:

Hatiku

Related Posts with Thumbnails
 
Design by Amanda @ BloggerBuster