Jumaat, 8 Oktober 2010

M=R @ R=M

Tentang penyakit aku ler hehe..

Bila datang penyakit M..segala benda mmg hancur..

Tapi sejak suami aku mengubah suai bilik komputer a.k.a stor ni tetibe je penyakit R aku menjelma..

Bilik ni mmg dah lama aku idamkan utk berubah sbb dah byk ruang kat rumah ni aku ubah..bilik tidur, ruang tamu, bilik budak2 ni,dapur..cuma bilik komputer ni je yg aku susah nak usik pasal malas nak pk wayar yg berselirat tu..kang usik je ada sebulan aku tak leh melangok depan komputer..

Jadi sejak daripada kejadian hari tu bersama angin ribut taufan daripada suami yg mengganas..satu hari tu aku hanya terdiam muhasabah diri..bukan je brg yg byk kene buang tapi sikap M aku tu pun kalau boleh dicampak bersama sampah sarap tu semua..

Tapi mmg betul..kalau dikemas betul2 rumah aku ni mmg tak selerak cuma ada brg yg mmg sayang nak dibuang..itu yg buat byk je brg dlm rumah aku ni..

Apapun skrg aku puas hati..segala nampak sempurna walaupun ada sikit2 cacat cela tapi aku cuba utk tak biarkan berselerak..bila disusun dgn kemas walaupun brg byk..tetap nampak menarik hehe..

Terima kasih pada ayah sbb kemaskan bilik ni..idaman mama yg dah lama tak tertunai sbb ayah bz je kan hehe..

Dan hasilnya fuhh!! sgt2 mama puas hati sampailah ke hari ni walaupun dah sebulan berlalu...nak melangok depan komputer ni lelama pun rasa tak ler tension cuma masa je skrg takde..

Harapnya penyakit R ni akan kekal tapi dah kalau sampai sebiji habuk pun buat aku jadi tarzen..wajar ke? hehe..

Tapi setelah hampir 7 tahun mendirikan rumah tangga...baru sekarang rasa aku dah mula selesa menguruskan dan faham..walaupun masih byk yg perlu aku belajar lagi. Benda ni hanya aku je dapat rasa..nak terangkan pun susah hehe..

Yg pasti aku skrg bahagia dan boleh kendalikan diri sendiri walaupun ada sedikit kelam kabut tapi aku cuba jadi yg terbaik utk suami dan anak2..

R=rajin
M=malas

0 bunga tulip:

Hatiku

Related Posts with Thumbnails
 
Design by Amanda @ BloggerBuster