Isnin, 4 Oktober 2010

Hari yg sama berulang

Bila setiap hari buat benda yg sama...tarikh pun aku kengkadang lupa.

Tapi mmg sikap pelupa aku ni menjadi2 sekarang..

Hari tu kat hospital, aku sendiri yg suruh Zikry g masuk dlm wad tengok nenek dia..datuk dia pun ada tunggu kat nenek..aku malas nak masuk sbb nak susukan zahran dan kat dlm tu takde kerusi nak duduk.

Tapi tak bape minit lepas tu aku tgk Zikry hilang dan aku panggil terjerit2 dia tak datang..cuak giler beb!! dah hilang ke anak aku ni..

Pastu guard kat situ cakap anak aku masuk dlm wad kat datuk dia..fuhh!! terus aku teringat tadi aku yg suruh..ape le aku ni..malu jap sbb jadi org giler tadi terjerit2 hehe..

Guard tu pun cari anak aku dan bawa keluar..malu beb malu..nak ngaku aku lupa pun malu hehe..

Tapi bukan itu je kejadiaannya..adakala apa yg aku nak cari dan apa yg aku nak kata tak bape saat lepas tu boleh lupa jugak..tak taulah apa yg padat sgt dlm kepala hotak aku ni yg buat aku lupa je..dah tua kot..

Yg sebenarnya waktu tidur akupun tak menentu..malam nak tido senyenyak dulu tak boleh dah..bape kali bangun tgh malam sbb si kecik meragam mengada2..bila dia tido dah subuh dah..

Jadi mungkin disebabkan kekurangan oksigen dlm kepala hotak aku ni yg buat aku ni berada dlm kategori 'lembab'...camtulah..atau mmg aku camtu? hehe...

Zahran semakin lasak...dan daya penariknya makin membuas..yelah mana je pegi mesti ada org nak sentuh dia..pandang je tak cukup ke? apa yg geram sgt dgn budak botak ni pun tak taulah..aura dia mmg cukup kuat utk disentuh haha..

Zikry dan Zarfan makin pandai...adakala aku tak perasan pun yg diorg makin matang..

Aku kene sakit mata mula hari Jumaat hari tu...ada jangkitan kuman kat kelopak mata..tapi tak teruk sgtlah cuma tak selesa je..

Itu jelah..

0 bunga tulip:

Hatiku

Related Posts with Thumbnails
 
Design by Amanda @ BloggerBuster