Khamis, 29 Julai 2010

Penyejuk jiwa

Dengar suara apatah lagi ketawa

Tengok muka apatah lagi tgh senyum

Peluk apatah lagi sambil tertido

Tenang.....





Hilang sabar

Aku tak boleh ler dengar ayat..'org tua..camtu ler..'

Betul sungguh mmg aku tak boleh terima ayat tu diluahkan oleh seseorg yg tak merasa berada dlm keluarga aku ni.

Hari ni aku hilang sabar sungguh....sabar aku musnah dipijak2 oleh mak aku sendiri.

Seperti biasa ini adalah edisi keluhan..sape2 yg tak nak baca, tak sanggup nak baca, benci nak baca...JANGAN BACA!!!!

Hari ni mak aku ada amik darah kat hospital besar..utk persediaan jumpe doktor minggu depan.

Aku hantar anak aku kat kakak ipar aku, so aku pegi rumah mak. Dia tak nak siap sbb tak nak mandi. Tak nak pegi katanya. So lepas aku pujuk dan mandi alhamdulillah dia nak pegi.

Lepas pegi kat hospital, aku nak baca dia makan sbb sebelum amik darah dia mmg kene puasa. Walaupun dah terlalu lewat tapi apa nak buat dah dia buat perangai terpaksalah kene tanggung sendiri.

Tapi puas aku pujuk dia kata tak nak pegi makan kat tempat biasa tu. Ok aku tanya nak makan apa kalau tak nak makan kat situ. Tak nak makan!! katanya. Walaupun aku cadangkan tempat lain dia mmg tak nak. Aku berhenti kereta dia marah katanya dia mmg tak nak makan. Ok lagi takpe...aku teruskan jelah perjalanan.

Sampai kat rumah..nak keluar kereta. Dia boleh plak kata...apsal ko balik rumah?!! tadi kata nak g makan???!!! Puuhhh!!! meletup jantung aku dengar..

Pastu aku masak..dia tak nak makan. Mak nak apa sebenarnya? dia jawab aku nak g makan dgn dak abang(Zikry)..anak aku kan g sekolah. At last aku dah bengang...pegi lantaklah..nak makan ke tak nak makan ke nak mati ke suka hatilah...aku dah malas nak layan.

Dia mintak semua duit dia...aku tak fahamlah apa kene mengena. Kalau ikutkan hati aku mmg nak keluarkan duit dia yg seciput tu pegi baling kat muka dia. Baru dia puas hati agaknya. Aku simpankan tak nak... aku tak hinginlah nak gunakan kalau bukan utk keperluan dia je.

Susahlah..sakit tu sakitlah. Mulut jahat nak mampus. Putar belit mcm ke**ng. Makin byk tolong makin teruk kene maki hamun. Otak dah mmg tak betul. Salah org je yg dia nampak. Meludah ikut suka hati kat rumah. Kang bila cakap kat org lain dia tuduh anak dera dialah..curi duit dialah..tak pedulikan dia. Mmg org gile ler...

Aku mmg bukan penyabar orgnya...atas dasar dia tu mak aku ler aku tak naik tangan. Kalau tak dah lama aku tempeleng bagi dia sedar mcm mana dia buat aku kecik2 dulu..

Dah ler aku nak kene jaga rumah dia jugak. Kemas, masak segala hal. Kencing, taik bersepah..kat rumah aku pun camtu sbb ada budak tak dengar kata..itu dah mmg patutlah sbb dia budak..tapi mak aku ni lebih teruk dari budak. Kata dia je kita nak kene dengar. Marah dia je yg kita kene telan..Kemas rumah tu pun macam tak kemas. Habis semua dilambakkan. Air semua dicurahkan. Apa guna nak kemas camtu. Nak mop berapa puluh kali sehari? semua makanan diludahkan ke lantai..

Ya Allah...kenapalah nasib aku camni. Tak pegi salah...pegi pun dapat dosa..camne caralah aku pun dah buntulah nak berdepan dgn org gile ni...

Buat masa ni otak aku tgh blur sgt. Hati pun mmg panas je. Susah nak berfikir waras skrg..aku mmg kene luahkan.

Bila lihat org dlm masalah...kita boleh berfikir ish tak patut camtu..tapi cuba jadi kat diri sendiri. Masalah aku ni permainan psikologi...aku mmg tak mahirlah dlm bab camgitu tapi kalau ada yg nak beri pendapat biarlah org tu DAH RASA camne jaga org tua yg camni tebiatnye..tapi aku rasa mmg korang tak pernah jumpe atau dengar masalah teruk camni melainkan kat rumah org gile atau rumah org2 tua...

Huh!!! sabar...sabar..marah kat sini je. Esok seperti biasa...sapelah lagi yg nak diharapkan melainkan aku je...kang berulat plak rumah tu lama terbiar..

Rabu, 28 Julai 2010

Main sorang2..









Masa ni abang2 dia bz main komputer dgn ayah kat bilik..

Aku dgn dia jelah duk kat luar tgk tv..dia mana nak tgk tv..so buatlah apa aktiviti yg ada tu..sgt bz budak sorang ni..ade je benda yg dia nak buat..makan tido main..

Selasa, 27 Julai 2010

Hantar Sita pulang









Sita dah pulang...

Harapnya dia akan kembali semula..harapan jelah tu..

Gambar dia tak sempat amik sbb aku blur2 + sedih huhuhu...pasni nasib aku sekeluarga seperti biasa..dah takde pembantu..rumah mak tu mcm kandang balik ler baunyer..

Gigi tercabut









Patutlah lain mcm tgk gigi bawah dia..rupanya goyang..

Pastu aku suruh dia cabut sendiri tapi dia takut..seram agaknya..aku pun hehehe...

Masa g melawat datuk dia kat hospital..aku angkut semua anak2 pegi sbb Sita pun turut nak pegi tgk baba sebelum dia balik. Masa tu ler dlm diam dia tak tahan agaknya gigi dia makin longgar dan dia terus pusing dan tercabut huhuhu..seramnya cara aku bercerita ni kan hehehe...

Yg pelik..punyelah dia sayang gigi dia yg tercabut tu..nak dibawa tido plak. Katanya nak gigi dia bertukar jadi emas atau harta yg berharga..mana punye ceritalah dia dengar tu..mesti katun ni..

Si lasak







Berat dia makin turun walaupun dia dah mula makan. Makan bukan sikit. Bertambah2 plak tu apa yg aku makan dia mesti makan jugak. Itu yg pelik tu...

Mmg kalau pegang pun terasa ringan...pasal tu dia tak leh duduk diam..kalau boleh terbang agaknya..dah lama dah menghilang..

Tanam pokok??

Fakta yg aku nampak sendiri.

Dah lama dah aku tengok dan bandingkan...dan aku rasa mmg betullah.

Korang suka tak tanam pokok? Terutama pokok bunga atau apa2 pokok hiasan yg mencantikkan rumah..bukan pokok durian ke rambutan ke tau hehe...

Org yg rajin atau suka tanam pokok...pernah tak korang tengok rumah diorg? Mesti kemas dan cantik..

Tapi org yg rumah dia takde pokok..selerak je ehemm..mcm aku ni..mmg sebaliknya. Walaupun ada tanam pokok pandan kat depan rumah tu tapi itupun adakala nyawa2 ikan dibuatnya..hehe..

Contoh..yg buat aku bukak mata..Sita. Kat rumah mak aku dia hidupkan semula pokok2 yg hampir nak mati. Terus jadi cantik dan sejuk mata memandang..tgklah rumah dia kemas punyelah berseri.

Jiran kiri, kanan, depan, belakang aku pun sama....rumah diorg punyelah kemas..mungkin faktor takde anak2 yg nakal..MUNGKIN!!! hehehe...alasan..

Mungkinkah lepas ni aku perlu rajin tanam pokok??? takde maknenya sbb itu adalah sifat dlm diri..kalau suke pokok, automatik akan rajin berkemas...camtulah gamaknya..

Tak duduk diam..
















Fuh budak ni makin tak boleh duduk diam..celik mata je terus merayap..

Pastu nak berdiri je..mana2 dapat dipegang..mesti dia bangun..jatuh tu jgn cakaplah..awal2 ni mmg keraplah sbb baru nak belajar..

Sensitif ke aku?

Hmm..mcm tulah kot aku rasa..

Yelah...adakala aku bosan jugak asyik kene pk masalah org lain..masalah aku takde sape pun nak faham.

Camne susahnya aku nak kene uruskan anak2 kalau aku keluar rumah. Bukan senang ok..

Mana nak angkat kain baju sebelum keluar..nak pastikan semua ok sebelum keluar..nak sumbat anak2 dlm kereta..nak tenteramkan diorg yg tgh terjerit2 buat hal itu ini..menangislah..gadolah..tak puas hatilah..

Dlm kete pun satu hal lagi..nak pastikan diorg kene dengar cakap..kalau tak mmg riuh dlm kereta dgn suara jeritan aku sekali suruh diorg diam..

Dah sampai ke destinasi kene buat itu buat ini..nak kawal ahhhh!!!!...mmg susahkan nak bawa semua anak2 keluar dlm masa yg sama nak kene beli barang..kene cari brg..kene buat keje lain..

Yg aku sedih...org yg menunggu hanya tau marah mengatakan aku lembab!!!

Sampai ada yg kata..ape le yg aku buat kat rumah sampai lama sgt nak amik masa utk sampai. Ada yg siap merajuk plak sbb aku lewat..

Yelah...apa sgtlah keje kat rumah nikan...tak susah mana setakat perlu basuh baju, lipat baju, gosok baju, cuci lantai, mengemop, bagi anak makan, mengemas, memasak, tenangkan anak2 yg asyik menangis, buat keje sekolah bersama anak, layan anak kecil yg asyik melalak minta perhatian, itu belum lagi kene kemaskan muntah dan air kencing anak yg bersepah, makanan yg bertabur atas lantai masa dia tgh makan,bunuh semut, pinggan mangkuk cawan yg perlu bercuci setiap masa, botol susu dan susu yg perlu ada setiap masa...nak kene keluar pegi tgk mak dan baba kat rumah, berikan lauk utk diaorg, suapkan makanan kat mak, kemaskan rumah diorg jugak sbb diorg pun kencing dan berak bersepah2 jugak..itu belum lagi nak kene layan suami dan segala keperluanya hmm...ada lagi tapi takkan nak sebut semua kan...

Mudah je keje tu semua tapi itu semua punca aku buat keje lembab..yelah aku mmg lembab..itulah pandangan semua org pada aku..lembab!!

Aku tak maksudkan pada sesiapa yg menggelar aku sebegitu tapi aku hanya mohon faham tugas aku sebagai sorg wanita...yg perlu faham semua hati disekelilingnya..mmg adamasanya aku tak mampu nak buat semua perkara tu dlm sehari sbb aku rasakan mmg tak cukup sehari tu utk aku buat semua benda tu...

Adakala aku perlu rehat, riadah, tenangkan fikiran...sbb aku ada masanya bosan dgn semua tugas yg aku buat dan aku perlu muhasabah diri semula utk aku mulakan tugas seperti sedia kala semula.

Kalau boleh aku tak suka simpan byk sgt benda yg aku benci dlm hati..takut2 nanti meletup..

Aku bukan manusia sempurna...

Zarfan punye kek

Alkisah lum habis cerita pasal besday si Zarfan ni..kesian dia.

Aku dah terlupa nak tempah kek kat kawan aku so terpaksalah mencari yg mana ada..punyelah tak sempat masa..last2 minit je..mahal lak tu..




besday boy..dah 4 tahun







amik nafas sampai  panjang2..

puuffhhhhh...dgn air liur sekali tersembur..mcm ler nak padamkan api besar daaa..

potong lak..bersungguh2 plak tu..



ini jelah yg sempat mama masakkan..maaf ler byk2 sbb mmg tak sempat sbb dah balik lewat..





Sebenarnya seperti yg sedia maklum..hari yg sama tu nenek aku meninggal dan mak aku jatuh dari tangga...semua tu waktu maghrib..di tambah plak masa tu aku terlupa letak mana kad bsn baba aku yg suruh kuarkan duit..

Jadi aku terlalu bz waktu tu..semua nak terjadi masa tu..nak pecah kepala aku dibuatnya..

Apa pun sambutan yg sgtlah sederhana..harap dia happy hehe...

Hatiku

Related Posts with Thumbnails
 
Design by Amanda @ BloggerBuster