Khamis, 1 April 2010

Terima nasihat

Aku terima nasihat kak tie..
Entry ni hanya nak sedapkan hati yg tgh lara je kak tie..jgn amik hati jugak sbb fikiran mmg tgh serabut skrg ni dan terima kasih sbb beri nasihat...

Yelah...kita kalau tak kehilangan kita tak tau kewujudannya...

Aku perlu bersyukur kerana masih lagi punya mak dan baba berbanding org yg lahir je dah jadi anak yatim atau anak yg kene buang dicampak je sesuke hati tu..

Dengan adanya mak dan baba yg masih wujud kat dunia ni..masa nilah peluang anak2 untuk buat jasa dan dapat pahala berganda.

Tapi dlm kes aku ni..bukan kumpul pahala tapi kumpul dosa...

Keadaan mak dah tak normal..mak sebenarnya kurang waras dgn keadaan sekeliling..dia bukan mak yg penah aku kenal sebelum ni. Suke menyumpah dan buat perkara yg menyusahkan org lain. Baba pulak masih dgn mulut jahat dia..prasangka buruk tak sudah2. Sifat munafik tu lengkap dlm diri dia..sehinggakan org yg dah mati pun masih disebut2 padahal org tu tak salah ape pun dgn dia..

Lagi lama diorg hidup..lagi byk dosa kitorg adik beradik kene tanggung. Situasi keluarga aku hanya aku dan adik beradik je yg tahu. Org luar takkan tahu keadaan sebenar walaupun adik beradik mak dan baba sendiri maknanya saudara terdekat kat kampung tu. Diorg hanya nampak luaran...mak dan baba sakit..terbiar..anak2 buat tak tau..tapi diorg tak tau..mak dan baba tak nak tinggal rumah anak2..tinggal sehari merengek2 nak pulang.

Anak lelaki ada 4 org tapi yg berfungsi sepenuhnya hanya seorg..anak pompuan ada 2 org je..tapi yg paling dekat hanya aku. Kakak duduk seremban..nak datang selalu tak mampulah sbb diorg pun hidup kais pagi makan pagi je..

Patut lebih ramai anak lelaki lebih senang ibu dan bapa sbb anak lelaki lebih wajib jaga mak dan baba tapi situasi keluarga aku berbeza.

Adik beradik aku semua bukanlah org senang..kene keje berhempas pulas utk cari duit. Makan gaji je. Semua anak2 tinggal dekat je kat melaka ni kecuali kakak aku tu.

Kalau ikut logik..susah sgt ke nak jaga mak dan baba yg sakit tu. Gilir2 ler mcm biasa. Cakap je mudah tapi nak laksanakan mcm kene selesaikan berjuta masalah.

Abang aku yg dulu selalu datang..dibenci. Ntahlah mmg baba aku benci dia sbb dia kuat melawan. Pasal 'parti politik' pun boleh gado. Senang citer..perangai diorg sama je. Buat baik salah..buat tak tau lagi salah. Datang pun dia benci..tak datang pun mengata..jadi kalau aku jadi dia pun aku malas nak datang. Baba sampai cakap abang aku tu bukan anak dia..tuduh mak aku berzinalah konon. Bodoh!!

Yg lagi sorang..anak dia pulak suka mencuri..lepas curi kredit topup tu..curi hp plak..dahlah tak mengaku..mak bapak sokong plak lagi. Jadi dia malu dan buang sedara. Tapi dia cakap kat org lain..keluarga dia yg buang dia...kitorg tak penah nak buang dia..dia sendiri yg cari pasal..cerita terbaru..abang aku tu dah takde keje..skrg dia keje kutip sampah tepi jalan...kesian..aku sayang abg aku tu tapi bila pk bini dan anak2 dia..jadi menyampah yg amat..

Yg lagi sorang..abang atas aku. Dia keje bawa bas..ingat keje mcm office hour ke. Tak kira malam siang jauh dekat..tak menentu. Dahlah g keje ulang alik dari Muar sbb rumah dia kat Muar.

Jadi...camne tu?

Aku ni ada 3 org anak lelaki. Kalau Allah nak balas balik perbuatan aku..senang je kan. Belum tentu anak2 lelaki aku akan jaga aku bila dah tua nanti. Dgn keje dia, perangai bini dia lagi...

Berdosa pada ibu dan bapa ni mmg on the spot Allah bagi. Tu sbb mak aku kene bala camtu sbb dia buat kat nenek dulu pun camtu jugak. Aku rasa dlm ramai2 adik beradik dia..mak aku yg paling teruk dera nenek. Wallahualam..nauzubillah..

Aku dah cakap...mak jgn buat nenek camtu..nanti anak2 balas kat mak camtu jugak..mak nak ke? Mak aku jawab..biarlah..dah sakit nau hati aku ni..Masih aku ingat lagi kata2 mak aku tu..
Ya Allah...kenapa ujian ni berat sgt pada keluarga aku..

Anak yg lain tak rasa tension..diorg tak dapat panggilan dan jadi tempat mengadu selalu. Boleh teruskan keje dgn senang hati.

Aku ni...nak kene kuar rumah kerap tu yg buat aku malas tu. Bila kuar, rumah aku mcm tak terurus..dah ler nak kemas kene ade mood. Bila lagi semak..lagi mood susah datang. Akhirnya aku jadi murung..stress sgt..

Nasib baiklah suami aku ni memahami orgnya..buatnya dia tak kasi aku kuar rumah..lagi teruk..dah tentu2 aku kene lebih taat pada suami..

Blog nilah tempat luah perasaan...tapi bila takde masa nak luahkan perasaan kat blog ni..lagi tension aku dibuatnye..ni kes lama pendamlah ni..sbb mmg aku malas nak ngadap blog sbb nanti tak ingat dunia yg tgh bergolak ni..

Berada dlm situasi keluarga aku buat fikiran masing2 beku..pada yg memandang hanya boleh simpati dan mengutuk. Takpelah...itu hakikat..tak semua org suke ape yg kita buat..

Cuma pada aku...ini diary aku..yg boleh aku renung kembali suatu hari nanti tentang sikap aku..kesilapan aku..kekurangan diri aku...tentang siapa diri aku yg sebenarnya...

0 bunga tulip:

Hatiku

Related Posts with Thumbnails
 
Design by Amanda @ BloggerBuster