Isnin, 19 April 2010

Buntulah...

Hmm..susah nak mulakan ayat sebenarnya..

Masalah keluarga aku terutama mak dan baba aku masih belum selesai walaupun telah amik org gaji..masuk ni dah 3 org. Tapi yg ni mmg aku tabik habis sbb dia terlalu rajin dan baik. Sita inilah yg terbaik..

Masalahnya skrg..mak aku tu pulak buat hal. Dia halau si Sita tu..marah Sita tu pasal rumah tu bersih kot. Diorg ni suke tinggal dlm kotor agaknye..dgn najis bersepah dan ulat bertabur..

Ntahlah ek...camne nak cakap pun tak taulah...kitorg adik beradik dah buntu dah tak tau nak buat ape lagi.

Sita tu skrg dah tak nak bekerja lagi walaupun lum pun lagi sebulan. Dia tak tahan sbb mak dan baba asyik bergado siang malam bercakap ayat yg amat dasyatlah..org melaka ni mmg terkenal dgn ayat menyumpah tu kan..haa camtulah diorg ni..dah kira ayat biasalah utk menunjukkan kemesraan...agaknyelah..

Malam mmg tak leh tido sbb bising je. Siang pulak nak buat keje..

Penah jugak satu hari mak sengaja berak kat dapur rumah sepanjang jalan nak ke tandas..dan mmg sengaja sbb dia kata 'padan muka kau' kat Sita tu. Sbb tak kasi dia keluar rumah nak lari ke rumah kakak dia. Kalau dekat takpelah...dia mana larat nak jalan jauh pun. Tak habis nak menyusahkan org lain dgn tindakan dia tu. Dah tu g sana semata2 nak mengumpat..bercerita hal keburukan keluarga sendiri malah pandai pulak reka cerita yg bukan2..

Susahlah nak jaga org yg tak waras ni. Kalau dia sakit dan faham keadaan dan situasi sebenar. Berada di alam nyata..takpelah..ni tak..dia hanya tau pentingkan diri dia sendiri.

Nak kata tak waras..adakala dia waras..tapi ntahlah..dia suke cari pasallah..

Buntu dah fikiran kitorg adik beradik sekarang ni. Ape lagi cara nak buat..

Rumah tu kalau tinggal satu hari pun dah cukup dgn hancing dan kotor makanan berulat semua. Bukan boleh sekali nak mop. Nak tinggal dan duduk sana...huhuhu..minta maaflah. Aku tak sanggup dedahkan anak2 aku dgn bahasa 'mulia' yg diorg gunakan tu. Cukuplah aku sorang yg membesar dgn kata2 bangang camtu..

Mmg aku je yg sanggup tinggal dgn diorg dulu...mana ada adik beradik aku yg lain nak tinggal sana. Nak jejak kaki lebih sejam pun rasa meronta2 jiwa..bila dengar diorg dah mula bergado mulut tu.

Aku faham perasaan dan keadaan Sita tu. Yelah..anak2 sendiri pun dah tak larat nak bela..apatah lagi org luar yg takde kene mengena..selagi boleh jauhkan diri..itu lebih baik. Tak mcm kitorg ni..mana boleh nak larikan diri...terpaksalah hadapi sampai bila2..

Mabuk kepala aku bila pk hal ni...camne bosan korang dengar cerita yg sama..camtulah aku yg bosan nak hadapi hal ni sepanjang hidup..

3 bunga tulip:

Yulie Elveera berkata...

lama tak komen. nor, aku tak dpt bygkan. nape ye jadi camtu??? tingat dulu selalu g umah mak ko.. besarnya dugaan ko.. tak tau aku nk ckp...
:(

Tanpa Nama berkata...

Nrina.. cuba buat air tawar, baca selawat, yassin..alfateha.. supaya hatinya lembut dan tenang..

Jangan putus asa, ya Nrina.. Jaga ibu ni macam jaga anak juga.. kena sabar dan insaf juga. Insyaallah...

Tanpa Nama berkata...

sungguh bosan kanns,

salamm,

Hatiku

Related Posts with Thumbnails
 
Design by Amanda @ BloggerBuster