Selasa, 1 Disember 2009

Span Sofa Bed

Malam tadi aku macam biasalah tetibe je bersemangat nak ubah kedudukan ruang depan rumah aku yg bakal aku jadikan tempat berpantang aku tu...

Dah itu je tempat yg sesuai dan luas..kat tengah rumah plak ade tv..bising plak baby nak tido nanti. Lagipun pengudaraan kat ruang depan rumah aku tu best sgt sbb leh bukak tingkap dan terang hehe..

Puas jugak aku pk kat manalah nak letak segala kain dan telekung yg aku jual tu. Kat dlm bilik kalau letak sempit plak anak2 nak tido lagipun kalau tetamu datang takkan nak suruh masuk dlm bilik tengok kain..jadi aku cuba ubah supaya leh letak jugak kat depan tu..tetamu yg datang bukan je akan tengok baby tapi leh jugak tengok kain dan telekung yg aku jual tu hehe..janji poket masyukkk hihi..

Tapi bukan ini tujuan sebenar aku nak cerita..

Tengah aku mengemas tu..tetibe aku terpk plak nak tukar span utk sofa bed aku tu. Yelah sejak aku lahirkan Zarfan..dah 3 tahun lebih tak berbasuh pun sarung tu..apatah lagi span tu..makin mereput.

Puaslah aku mengelap besi sofa bed aku tu malam tadi. Punyelah banyak habuk..sbb tak penah sentuh pun bawah sofa tu sebelum ni sbb ada span sofa tu.

Jadi aku bercadang esok hari maknanya hari ni ler utk pegi cari kedai membaiki sofa..nasib baik kedai perabot yg aku tanya tu bitau katne tempat tu..kalau tak payah gak nak cari tanpa panduan sbb kengkawan yg aku tanya semua tak tau..

Maka aku pergilah tadi. Kat Peringgit je kedai tu bersebelahan dgn Petronas Peringgit. Alhamdulillah aku pegi kedai yg bukan sia2 sbb mmg dia menyediakan perkhidmatan bukan je span utk sofa tapi leh tukar kain utk sofa..

Tapi korang tau tak bape harga span tu? Aku nak yg kualiti eloklah sikit..tak nak yg macam aku gune skrg ni sbb penyek je..

Harga sekeping besar mcm tilam katil baby tu RM50. Jadi semua ukuran cam sofa bed aku tu RM150..mulanya aku ingat dia cakap satu RM50, aku pun angguklah tapi cam tak bape dengar plak, aku tanya balik..rupanya seratus lima puloh uhuk..uhuk..

Tercekik aku dengar..pastu aku tanyalah kalau siap tukar dgn kain sekali berapa..harga kain semeter RM30..jumlah yg diperlukan utk sofa aku 5 meter jadi RM150 jugak..tapi kesemua jumlah termasuk upah jahitlah RM400. Itupun dah habis kurang dah aku mintak..dia tak leh kasi kurang lagi.

Fuhh..aku beli sofa bed tu RM690..adakah berbaloi? oh ikan kaloi..

Pastu pk punye pk punye pk..minta izin kat suami tadi..dia mcm berbelah bagi je. Pastu masa utk diorg siapkan dgn kain sekali amik masa dlm seminggu lebih..lama gak tu..takut nanti aku dah bersalin takde katil plak..dahlah itu je katil yg ada..

Jadi aku buat keputusan utk beli span jelah..lain kali boleh pk tukar kain sbb tidak berapa penting buat masa ni. Apepun RM150 tetap melayang huhu..

Sofa bed aku yg hanya akan bertukar span je..lum rupe lagi hehe..

1 bunga tulip:

julietchun berkata...

mmg kekdg pikir lebih baik beli yg baru saja.

Hatiku

Related Posts with Thumbnails
 
Design by Amanda @ BloggerBuster