Khamis, 10 September 2009

Mak..masuk hospital lagi..

Semalam keadaan kesihatan mak makin teruk.

Baba telefon beritau mak kene sawan malam semalam. Tak dapat bayangkan betapa teruknya keadaan mak masa tu dgn hanya baba je yg ada.

Lepas tu dia kerap kene sawan. Rasanya dah lebih 20 kali. Aku pun ada nampak bila dia tetibe hang..mcm komputer tak berfungsi seketika tapi lepas tu dia ok balik dan normal mcm biasa..

Rupenya lepas maghrib tu mak makin teruk..lagi sekali kene sawan dan sampai lidah berdarah..mulut berbuih..mulut dah senget..percakapan dah tak jelas..

Nak tak nak kene jugak hantar hospital malam tadi.

Aku tengok kat hospital mak meronta..marah..percakapan dia walaupun tak jelas tapi aku faham tindakan dia marah kat anak2 sbb hantar dia ke hospital.

Aku betul2 serba salah sbb dia dah byk kali pesan jgn hantar dia ke hospital..dia lebih rela mati dari pegi hospital..sbb dah terlalu serik..

Sedih aku tengok keadaan mak masa tu...dgn leher dah ditebuk..wayar berselirat..doktor syaki ada pendarahan dlm otak..semalam terus buat CT Scan..tak tau ler ape keputusannya pasal dah lewat sgt aku terpaksa balik sbb letih..

Hari ni nak kene bawa baba g Hospital Besar jugak untuk rawatan susulan Ortopedik dia tu..aku mmg tak cukup tido langsung..

Lepas sahur ingatkan nak tido tapi takut terlajak plak jadi aku terpaksalah layan diri kat komputer ni..

Apa yg mampu aku buat hanya bacakan yassin je utk mak..harap keadaan mak stabil dan sihat kembali..

Aku terlalu sedih sgt..walaupun mak dah biasa masuk hospital tapi kali ni lain sikit rasanya..mak tak pernah seteruk ini dulu..inilah keadaan mak paling teruk dan mengerikan..aku tak sanggup tengok mak menderita macam tu..jika benarlah ajal dia sudah tiba Ya Allah..jgnlah Kau seksakan mak aku dlm keadaan camtu..janganlah biar dia rasa kesakitan yg amat sgt..

Doakan mak aku sihat ye..paling tidak pun dia normal dan boleh bercakap seperti biasa semula..

4 bunga tulip:

Catwoman berkata...

Semoga ibu mu cepat2 sembuh.
bykkan berdoa utk ibu ye.

Kita hanya ada ibu yg seorg itu. Doakan utk nya.

Take care. :0

Tirana berkata...

Berdoalah banyak-banyak agar Allah permudahkan urusan mak.

Tie berkata...

Sedih bila baca kisah mak nrina ni.. moga2 dia cepat pulih, ya...

julietchun berkata...

moga mak nrina cpt sembuh dan jika mmg dah ditakdirkan sampai masanya utk dia pegi meninggalkan dunia yg fana ini moga dipermudahkan ditambah pula dlm bulan ramadan ini.

Moga nrina tabah dan sabar.

Hatiku

Related Posts with Thumbnails
 
Design by Amanda @ BloggerBuster