Isnin, 15 Jun 2009

Macam2 hal..

Hmmm...mengeluh penat ni..

Aku baru je lepas uruskan mak buang air besar dan mandi petang sekali tadi..so dapatlah aku ngadap komputer ni jap untuk menghilangkan lelah.

Camtulah selalunya..aku hanya boleh berehat..makan dan bertenet ni selepas aku tunaikan segala permintaan mak..walaupun jap lagi dia akan panggil tapi tak ler seserius mana sbb janji dia dah buang air..

Ingatkan nak baring ke..tido ke..tapi dah petang sgt tak elok..lepas asar ni kan tak elok tido..nanti jadi bangang hehe..

Mak dah satu hal dgn penyakit dan kerenah dia..baba pun sama jugak sebenarnya..ade je benda yg sakitkan mata.

Tadi..pelik sungguh aku tengok atas lantai pasal aku dah terpijak..nampak mcm air oren tapi takde pun aku bagi air oren..nak kata air tumpah patutnya bukan kat situlah tumpahnya..aku pun lap jelah..pastuh tak puas hati aku hidulah hihi..nak tau air ape..rupanya air kencing ler..huhu..

Itu mesti dah tentu baba aku punye hal. Tak mengaku plak tu sedangkan sape lagi kat rumah ni..kalau si Zarfan, dia pakai pempes..Zikry tau g tandas..takde maknenya pun dia nak terkencing atas lantai gaya gitu..kat tempat tido mak dan baba aku plak tu..mak aku mmg pakai pempes setiap masa..5 helai sehari..so mustahil pempes mak aku leh tembus dan meninggalkan takungan air gitu..hishh..

Setiap kali baju dan seluar baba aku paksa untuk dicuci setiap hari..bukan dia pun yg cuci..aku..tapi itupun susah sgt nak salin pakaian..sampai busuk masam hancing segala..

Baba aku ni ada penyakit kencing tak tus katanya hmm..camtulah. Penyakit ler tu kan tapi dia tak nak ubat pun..biar je..masalahnya aku yg susah pasal setiap masa dlm sehari kene mop..kat tilam jgn ceritalah bau..kalau org datang..cepat2 aku spray pewangi atau febreze tu atau aku mmg ada pasang airclen so letak je aromaterapi..tak ler terbau sgt kehancingan tilam dan kawasan dia duduk tu..ada masa aku jemur je tilam dia..dia tido je kat tikar hihi..

Adakala bukan masalah kencing je..masalah terkincit pun ade...aku suruh je dia pakai pempes jugak..tak nak dia hehehe...

Masalah ni bukan baru..aku penah suarakan dulu..kalau kat pintu tandas tu mesti nampak kuning je..so kain lap kaki kene tukar setiap 2 hari. Kalau tak dlm bilik nanti hancing sgt pasal diorg guna tandas dlm bilik aku je sbb dekat. Dlm tandas pun sama..biar je najis terapung..langsung tak pam pun..bila aku ingatkan..esok buat lusa lupa balik..nak kene cakap dan sentiasa cakap..kalau malas..aku jelah yg buatkan..cuci tandas dah mmg tetiap hari pasal kalau biar sehari je perghhh..nak pijak lantai pun rasa jijik..

Ntahlah..pasal tu kalau dia duduk rumah dia sendiri..masuk je rumah terutama kat kawasan tempat tido ataupun sekitar yg biasa dia gunakan..mesti bau hanyir..tandas jgn cakaplah..loya tekak nanti..

Pasal tu lebih baik ler aku jaga kat rumah aku..lebih selesa dan aku senang cari barang2 dan segala keperluan senjata aku hehe..

Adakala terpk jugak aku...rupanya larat aku buat keje yg mencabar ni hehe..sbb kalau macam korang baca ler kan..korang mesti terpk..hish mesti tak mampu nak buat cam aku tapi sebenarnya tahap kemampuan kita ni tersembunyi tau..tetibe je Allah beri kekuatan pada kita untuk hadapi segala rintangan yg mmg pun Dia jugak yg tentukan. Subhanallah..

3 bunga tulip:

AhboNd 2020 berkata...

Salam MaMa..
Sabar insyallah dipermudahkan nanti..Semoga MaMa dan anak2 sihat. Bye Miss U all

Suzi berkata...

nrina, moga terus tabah...Allah maha mengetahui..kan?

nanti senang2 dtg blog akak ambil kad...

julietchun berkata...

memang Tuhan beri kekuatan yg berganda kat ko, dlm dok berbadan dua ni ko masih larat nak buat semua keje tu.Moga ko akan kuat dan bersabar.

Hatiku

Related Posts with Thumbnails
 
Design by Amanda @ BloggerBuster