Ahad, 24 Mei 2009

Penat sgt dah..

Dah seminggu dah mak masuk hospital tapi kesihatan dia makin merosot dan nampak lagi teruk(tp rasa cam dah berbulan2 plak)..mcm2 penyakit lain plak yg dikesan macam jangkitan kuman kat peparu..

Tak leh bangun sendiri..nak angkat sehelai tuala pun tak leh dah. Asyik mengeluh dan cakap nak mati je..puaslah kita suruh dia berzikir ke ape ke..tp dia hanya mengatakan yg dia sakit dan seolah2 dialah yg paling teruk sakitnya kat hospital tu..

Sikap mak yang adakala menyusahkan nurse dan doktor menyebabkan diorg meluat dgn mak dan kitorg hmm...kalau tak suke tu..kuarkan jelah mak dari hospital..bakpe nak tunggu lelama..biar jelah aku jaga..tak payah aku susah payah nak g balik hospital dgn masalah parking dan perbelanjaan yg semakin meningkat ni..

Baba plak yg aku jaga kat rumah ni takdelah susah sgt..ape aku masak dia makan..kene cuci kaki setiap hari..tak kisahlah sgt tp satu hal yg paling aku kisah yg rasa sakit hati ialah sikap pengotor dia tu..

Kat rumah setiap kali g tandas..air kencing dah tentulah menjejes kat lantai..adakala bertakung so kene mop cepat kalau tak merata satu rumah nanti..jadi aku kene pastikan setiap kali dia pegi tandas aku kene mop lantai laluan yg dia pijak..

Lagi satu..kat dlm tandas plak..air kencing ke najis ke..dia biar gitu tak berjirus dan pam..mmg bau dan kotor sgtlah..dia bukan kurang upaya tangan ok..dia cuma kene potong ibu jari kaki kanan je..

Bila aku tanya apsal tak jirus dan pam najis..jawapannye..nanti byk pakai air..membazir..hmm..tak logik sungguh alasan tu pasal aku lagi kene pakai air, sabun dan tenaga yg byk untuk sentiasa cuci tandas..niat dia baik tp mmg amatlah menyusahkan aku..

Dah ler kene ulangalik ke hospital 2 kali dlm masa satu hari..tengahari, malam..penatlah. Adakala rasa mmg tak tahan badan ni tp aku sendiri kene tenangkan diri..

Kalau jaga mak waktu siang..aku kene bawak anak2 pegi hospital..mana kerenah anak..kerenah mak..mana lagi hal kat rumah yg sentiasa kene bersihkan tu..terkejar sana terkejar sini..lama2 aku yg mati kat tengah jalan..diorg tu masih ler hidup lagi..

Tapi aku bernasib baik kerana punya adik beradik dan ipar duai yg prihatin dgn kesusahan aku..semua kesiankan aku..dan nak bantu aku seboleh mungkin..tapi diorg keje..aku lagilah tak nak susahkan diorg..byk lagi tanggungjawab nak kene pikul berbanding aku yg tak bekerja ni..so bolehlah tumpukan perhatian pd mak dan baba dan anak2..

Bilalah akan berakhir masalah ni..dah penat sgt dah rasanya..

5 bunga tulip:

Tirana berkata...

Sabar la Nrina..Ikhlaskan hati dan redha dengan keadaan. InsyaAllah itu akan dapat tenangkan hati... Bersusah2 dahulu..insyaAllah ada kesenangan di kemudian hari..

Suzi berkata...

sabar nrina...Allah je tahu betapa besarnya pahala jaga mak dan ayah. doa byk2 moga Allah permudahkan segalanya...

haruan tasek berkata...

hai nrina... kena ada usaha dalam hal nie jgn mengeluh aje... sebagai kawan bukan sebagai promosi lak ada ubat yang dapat menyembuhkan jangkitan paru2 nie. TM-1 air titis yang di promosikan oleh Revell. harga tak mahal 30 ringgit aje. saya tak jual awak cari le pengedar tempat awak ya. Alhamdulillah mengikut testimoni ramai yang dah sembuh seperti penyakit Jangkitan paru2, Paru2 berair, Kencing manis darah tinggi dan sebagainya. sebagai teman awak cuba le usaha dulu ya. search kat internet Revell TM-1. usaha menuju kejayaan. Salam.

Lun berkata...

Redha Allah bilamana redha kedua org tuanya.
moga anda dikurniakan kesabaran

Lynda berkata...

insya allah ..semua akan ok nanti

Hatiku

Related Posts with Thumbnails
 
Design by Amanda @ BloggerBuster