Isnin, 25 Mei 2009

Makin teruk..

Semalam(Ahad) aku jaga petang..dtg lewat pasal byk urusan nak kene buat..cari klinik utk cuci kaki baba pun dah makan 1 jam pasal byk klinik tutup hari Ahad. Nasib baik jumpe. Kene bayar RM20.

Masa tu aku dah siap masak dah. Pasal kakak balik jaga mak malam tadi dan singgah rumah aku berehat sebelum balik ke Seremban semula. Makan sarapan mmg dgn nasi je pasal malas nak masak byk kali..itu pun 1 jam aku habis masak.

Balik dari klinik mmg penat sgtlah..rehat jap tp 15minit je pastu g spital. Itupun dah sampai lewat dlm kul 4pm.

Aku sampai je mak aku cakap..baru dia boleh tido nyenyak lepas pindah ke sekolah. Hospital yg dia duduk sebelum ni nak roboh so yg skrg ni sementara dia kene duduk sekolah.

Aku tercengang ler dia bercerita. Mana dia dapat citer merepek ni. Puaslah aku cakap..ni bukan sekolah..ini hospital jugak..mak tak gerak mana pun..katil dan tempat ni ler jugak.

Dia marah aku, dia leh kata..tu ko tak nampak cikgu tengah mesyuarat tu..tp yg dia tunjuk nurse..dan pelawat yg datang jenguk pesakit..

Mulanya aku cam bengang ler jugak dia pertahankan jugak apa yg dia nak kata tu. Pastuh dia nak minta cuti sehari nak urut tangan dia..dia kata doktor kasi..tp mana nak kasi..lagipun mana dia jumpe doktor..hari Ahad..

Ntahlah...so malam pun aku jaga jugak..dlm waktu aku takde ada abang aku yg jaga..

So malam tadi aku pun sampai dan duduk sebelah dia..borak cam biasa..tetibe dia cakap..mak awak ade kencing manis ke? awak ni anak sape?

Tergamam aku masa tu..rasa nak berjurai dah air mata bila mak aku dah tak kenal kat aku..

Puaslah aku kenalkan diri aku..dia boleh kata..dia tengah tunggu anak dia yg nama Nor tu tp tak sampai2 pun lagi..

Ya Allah..aku jadi sayu sgt malam tu..bila tengok keadaan dia tak tentu arah..dia boleh kata lak ko jaga diri dan anak2 ko baik2 tau..aku terus minta maaf kat dia dan dia kata dia ampunkan..

Kesihatan mak makin merosot..dari hari ke hari..tangan tak leh angkat..kaki tak leh berdiri..nafas asyik tak cukup..terseksa dia nak tido..

Bukan aku je rasa waktu malam adalah waktu yg paling panjang..tp dia sendiri pun ngaku sama..kenapa malam je lambat sgt nak siang pasal dia tak leh tido dan sape yg jaga sudah tentulah mmg tak leh tido sama..

Sekarang ni aku rasa mmg badan tak tentu arah..letih sgt tp nak tido tak selesa pasal panas..kain baju berlambak tak basuh..pinggan mangkuk kat singki pun dah bertimbun..sampah pun tak berbuang..semua aku jugak..

Aku baru bangun tido ni dari kul 12pm lepas amik Zikry sekolah tadi..aku nak waktu siang ni panjang tak leh pulak..bila malam setiap minit terasa cam satu jam lambatnye jam tu bergerak..

5 bunga tulip:

haruan tasek berkata...

banyak2 le bersabar ye. biarlah kita penat tak apa. jika di bandingkan dengan penat orang tua semasa membesarkan kita tak akan terbalas kita.

julietchun berkata...

salam, lama tak singgah disini.
semoga Allah akan beri kekuatan pada nrina.

Yanti Suhaini Binti Ibrahim berkata...

Sgt tabah Nrina ni, jika terjadi pada Aini belum tentu Aini akan jadi setabah Nrina.. hopefully Rina di beri kekuatan yang lebih lagi.. Ameen.. Banyakkan bersabar ya!!

InsyaAllah, pengorbanan Nrina akan terbalas di sisi Allah Azzawajjalla..

Tirana berkata...

Nrina...


Carilah pembantu buat sementara waktu untuk buat kerja2 di rumah. Sekurang2nya Nrina tak perlu risau pasal kerja2 rumah yang bertimbun. So boleh tumpukan perhatian pada mak, abah dan anak-anak. Diri sendiri pun kena jaga juga. Kalau Nrina jatuh sakit...keadaan akan menjadi lebih sukar.

Bersabar banyak-banyak. InsyaAllah semuanya akan berakhir dengan kebaikan.

Lynda berkata...

askum ..kak..saya bangga dgn akak..banyak sabar ya doa kat tuhan.itu je yg kita boleh buat skrg kan

Hatiku

Related Posts with Thumbnails
 
Design by Amanda @ BloggerBuster