Jumaat, 24 April 2009

Gosip panasss


Wah..korang tau tak berita terhangat kat sini..hehe..mestilah tak tau pasal korang bukan ada kat sini pun hihihi..


Mulanya aku buat tak kisah dan tak amik peduli je dgn citer gosip ntah hape ke benda kat indon ni tapi bila dah tetiap hari dok citer benda yg sama..musykil sikitlahkan..

So aku sempatlah tadi amik pen dan kertas..konon cam wartawan..cari fakta apa yg sebenarnya yg diperkatakan..

Camni kisahnye..

Korang penah dengar tak Kerabat Raja Kelantan berkahwin dgn orang dari Indonesia ni..Nama Raja tu Tengku Muhammad Fakhry dan perempuan indon tu nama Manohara.

Diorg ni kawin 26 Ogos 2008..lum setahun lagi tapi rumahtangga diorg dikatakan dilanda kemelut yg dasyat.

Korang tau tak apa tuduhan yg dah dibuat..si Manohara ni telah diseksa secara seksual dan tidak dibenarkan langsung untuk berhubung dgn keluarga atau sape2 pun..kecuali menjalankan tugas sebagai isteri kerabat di raja kelantan..

Diorg kawin pun mcm tergesa2..pastu kerabat raja Kelantan ni putuskan hubungan dgn keluarga kat indon tu.

Manohara ni adalah model kat Indonesia ni dan mmg cantik sgt pun..mcm rossa tapi lagi cantik dari rossa hehe..dan antara org yg seratus tercantik diindonesia..

Mak Manohara ni namanya Daisy Fajarina. Dia kesal sbb beri anak dia kawin dgn raja ni pasal raja ni konon kurung anak dia dan seksa.

Ada gak perbualan telefon dan anak dia nangis je...tak cakap apa dan raja kelantan tu mcm beri byk alasan dan mengatakan Manohara baik2 je..

Pastu yg paling aku rasa pelik..diorg mengaitkan perkahwinan Bunga Citra Lestari dan Siti Nurhaliza menerima nasib yg sama...hish..ade ke situ plak..

Diorg cakap..kalau kat Malaysia lepas kawin diorg takde kebebasan utk berkarya dan meneruskan pekerjaan..contoh siti nurhaliza yg dah tak menyanyi lepas kawin. Seolah dikongkong. Pasal tu si bunga tak nak duduk malaysia supaya dia tetap dapat terus jadi penyanyi dan pelakon.

Korang dapat bayangkan tak ape yg ada kat fikiran aku ni...diorg kat sini anggap org malaysia kalau kawin akan dikongkong oleh suami dan tak akan mampu buat apapun..

Buruk sgt anggapan diorg ek..kononnya lepas kawin isteri tu dianggap harta dan seolah kene putuskan hubungan dgn keluarga dan jadi harta kerajaan seperti di Kelantan.

Tak hairanlah pegangan demokrasi yg diorg pegang kat indonesia ni sehinggakan kebersihan juga rakyat punye hak utk tak menjaganya dan sanggup longgok dan biar bersepah tanpa ada jabatan yg uruskan secara rutin..

Dan tak hairanlah karya di Malaysia dianggap sampah di sini...sbb diorg mmg suke sampah diorg dan tak suke sampah org lain masuk..hish..geram sgt ni..

Aku rasa mungkin berita pasal kerabat raja kelantan tu tak tersebar di malaysia utk jaga nama baik kerajaan kelantan. Mungkin juga ada yg tau sbb aku tak tau hehe...

Kes itu masih lagi berlanjutan sehingga hari ni dan mak Manohara tu merayu supaya dia dapat jumpa anak dia. Tengku Muhammad Fakhry tu dah culik Manohara dan menjadikan aset kerajaan Kelantan.

Manohara ni penah lari ke Jakarta dan beri surat menyatakan diperlakukan secara tidak sepatutnya bermula dari malam pertama dan dia ingat diorg kawin atas dasar cinta tapi dia rasa sebaliknya. Dia ada nyatakan dlm surat tu suruh datang kat Jakarta dan berunding dgn pihak berwajib utk berpisah kalau tak silap aku tp Fakhry amik jalan damai utk g Umrah dan selesaikan. Masa lepas buat Umrah tu fakhry culik Manohara dan tak dibenarkan balik malah berjumpa dgn keluarganya di Indonesia ni.

Itulah sedikit fakta yg boleh aku bitau..ntahlah aku rasa tak salah tindakan Fakhry sbb akan memalukan pihak diraja Kelantan. Tulah..nak kawin sgt dgn anak raja..tp kat sini panggil Pengeran..anak rajalah kan hehe..aku bukan tau sgt bahasa diorg ni..tp aku amik fakta yg aku faham jelah hihi..dah kawin mana boleh tarik diri camtu je..nak menyesal pun tak guna dah..

Kesian tu mmglah kesian tapi nasi dan jadi bubur dan ibu Manohara mmg sedih sgt dan meraih simpati rakyat Indonesia supaya terus membenci Kerajaan Kelantan secara umumkan Malaysia atas sikap Fakhry yg mengurung anak dia Manohara tu.

Kalau korang nak tau lebih detail..korang g je kat Google dan taip manohara..segala citer pasal diorg ada..

2 bunga tulip:

atie berkata...

camtu ke???tak pernah tahu lak. em macam2 yer...

Tanpa Nama berkata...

Ooo.....kak tie pun ada gak baca kat akhbar di Malaysia, tapi tak de la kecoh masuk tv. Mungkin ada pihak nak menutup kisah yang sebenar.

Entah la... harap2 benda gini dapat diselesaikan dengan cara yang baik. Tak bagus laa... ia juga mencemarkan imej Islam keseluruhannya...

Hatiku

Related Posts with Thumbnails
 
Design by Amanda @ BloggerBuster